Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Anak Kebangsaan Pahang (Pahang Pride Kid), RM200 Untuk Bayi Baru Lahir 2022

766

Beruntung betul bayi yang baru lahir pada tahun 2022 dan terutamanya bagi bayi kelahiran negeri Pahang.

Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) akan dimulakan pada tahun 2022 dan RM200 akan diberikan kepada bayi baru lahir pada tahun tersebut.

Ini sangat membantu ibu bapa kerana jumlah bantuan tersebut dapat digunakan untuk membeli barang keperluan sepanjang ibu berpantang.

INFO PROGRAM PAHANG PRIDE KID

Program ini adalah satu program bagi:

  • Membantu ibu bapa yang baru melahirkan megharungi cabaran terutama dari sudut ekonomi dalam membesarkan bayi
  • Meraikan kegembiraan ibu bapa melahirkan cahaya mata
  • Sebagai tanda bahawa anak yang mereka lahirkan adalah anak kebanggaan negeri Pahang

JUMLAH BANTUAN PROGRAM PAHANG PRIDE KID

Jumlah Bantuan Program Pahang Pride Kid adalah berjumlah:

  • RM200

Pemberian ini akan diberikan dalam dua bentuk iaitu:

  • RM100: Simpanan bank
  • RM100: Barangan penjagaan bayi & ibu sewaktu berpantang

KAD PELAJAR KEBANGSAAN PAHANG

Dalam masa yang sama, prihatin dengan rintihan ibu bapa yang bimbang dengan perbelanjaan dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu, kerajaan negeri akan memperkenalkan Kad Pelajar Kebanggaan Pahang.

Kad itu akan diberikan kepada:

  • Semua Ketua Isi Rumah (KIR) dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850).
  • M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah.

Pemegang kad ini akan menikmati diskaun sebanyak 20% ke atas setiap perbelanjaan:

  • Keperluan persekolahan, termasuk buku, pakaian dan beg sekolah serta alat tulis terpilih.

RM100 KEPADA SETIAP PELAJAR

Bagi meringankan lagi beban ibu bapa dalam kategori golongan miskin, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan tambah nilai sebanyak:

  • RM100 kepada setiap pelajar di bawah kategori keluarga miskin yang akan dikreditkan ke dalam kad diskaun Kebanggaan Pelajar Pahang.

“Selain menikmati potongan harga sebanyak 20%, ibu bapa dalam kategori golongan miskin ini akan mendapat bantuan bagi membeli set bantuan persekolahan bernilai sebanyak RM100 yang akan lebih meringankan lagi beban mereka.”

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Baca juga: Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500

Program Anak Kebangsaan Pahang (Pahang Pride Kid), RM200 Untuk Bayi Baru Lahir 2022

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...