Pakaian Yang Sesuai Untuk Temuduga
Isi Kandungan
Selepas menerima surat panggilan temuduga, perkara penting yang difikirkan adalah apakah pakaian yang sesuai untuk temuduga tersebut. Ia merupakan satu persiapan menghadapi temuduga yang agak rumit kerana penampilan yang baik dapat menarik pandangan penemuduga terhadap anda.
Berikut adalah perkongsian dan tips untuk anda mendapatkan pakaian yang sesaui untuk temuduga anda.
Teliti Kod Etika Berpakaian
Dapatkan maklumat melalui laman web dan laman media sosial mereka untuk menentukan kod pakaian yang sesuai. Jika anda tidak pasti, hubungi HR syarikat tersebut untuk mendapatkan kod etika berpakaian yang sesuai.
Anda juga boleh memastikan pakaian yang sesuai melalui jawatan yang dipohon dan industri yang bakal anda bekerja. Sekiranya jawatan tersebut adalah dalam bidang korporat, kewangan atau undang-undang anda boleh memakai pakaian yang sesuai iiaitu dengan berpakaian secara formal.
Sekiranya jawatan yang dipohon tidak melibatkan bidang korporat, dipertimbangkan untuk anda berpakaian separuh formal dan kemas serta pastikan pakaian tersebut adalah pakaian yang sesuai untuk temuduga anda.
Pakaian Kasual
Pakaian kasual biasanya bermaksud berpakaian secara profesional tetapi tidak terlalu formal. Elakkan memakai seluar jeans dan tshirt ketika menghadapi temuduga.
Pakaian Kasual Wanita
Anda boleh ikuti garis panduan berikut untuk berpakaian secara kasual untuk wanita :
Pakai secara bersederhana
Anda boleh memakai baju kurung yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu mengikut bentuk tubuh badan. Pastikan baju kurung yang anda pakai bersesuaian dengan anda. Anda juga boleh memakai blazer diluar. Jika tidak berbaju kurung, anda boleh memakai blouse yang digabungkan dengan dengan blazer dan pilih warna yang neutral dan mempunyai corak yang sederhana.
Memakai seluar atau skirt
Memakai seluar hitam atau navy atau skirt panjang dan diseterika. Sekiranya anda memakai kemeja yang berbutang, masukkannya ke dalam seluar atau skirt anda untuk penampilan yang lebih kemas. Anda juga boleh memakai seluar khaki atau jenis cotton asalkan masih lagi sesuai untuk pergi temuduga.
Memakai kasut tertutup dan selesa
Pakai kasut yang bertutup dan pastikan anda selesa memakai kasut tersebut. Elakkan memakain sandal atau selipar jepun. Pakai stokin atau sarung kaki yang sesuai dengan kasut anda.
Aksesori ringkas
Elakkan memakai subang atau rantai yang besar dan mengganggu fokus temuduga anda. Pakai aksesori yang ringkas dan menampakkan sisi profesional anda ketika temuduga dijalankan.
Pakaian Kasual Lelaki
Anda boleh ikuti garis panduan berikut untuk berpakaian secara kasual untuk lelaki :
Baju berkolar dengan lengan panjang
Kebiasaan pakaian yang sesuai untuk temuduga bagi lelaki adalah memakai baju berkolar dan berlengan panjang. Kemaskan dengan memasukkan hujung baju ke dalam seluar. Kolar baju juga dilipat dengan kemas dan sekiranya anda perlu memakai tali leher, pastikan tali leher tersebut mempunyai corak dan warna yang sederhana. Elakkan memakai kemeja polo walaupun anda sedang ditemuduga dilakukan dengan cara yang santai.
Seluar Khakis atau slack
Pilih warna seluar yang terang dan warna neutral seperti warna hitam, kelabu, coklat dan biru laut kerana warna ini sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis warna baju anda.
Kasut gelap dengan stoking yang sepadan
Pilih kasut kulit berwarna gelap dan bersih. Kasut yang dipakai mestilah bertutup dan sesuai dengan pakaian anda. Elakkan memakai stokin sukan.
Aksesori ringkas
Anda boleh memakai jam tangan yang mempunyai bentuk sederhana dan tidak berwarna warni ketika temuduga. Sentiasa memakai tali pinggang dan buka sebentar anting-anting sekiranya anda ada memakainya. Anda boleh menambah dengan memakai blazer sekiranya sesuai dengan temuduga.
Mencuba Dan Periksa Pakaian
Sehari sebelum hari temuduga, anda boleh cuba memakai pakaian anda dengan lengkap untuk memastikan pakaian anda sesuai untuk temuduga. Tanya kepada rakan atau ahli keuarga sama ada pakaian anda seusai atau tidak. Periksa pakaian sama ada mempunyai lebihan benang atau terkoyak dan anda mempunyai masa untuk menukar pakaian sekiranya terdapat kerosakan.
Jangan lupa untuk seterika pakaian anda untuk menghilangkan kedutan.
Pakaian Yang Tidak Sesuai
Sekiranya anda dipanggil untuk temuduga elakkan memakai pakaian yang tidak sesuai seperti :
- Selipar atau sandal yang terbuka
- Kasut sukan
- Tank top atau baju bertali nipis
- Seluar pendek
- Seluar dalam yang keluar dari pakaian anda
- Gaun yang terlalu pendek
- Baju dyang nipis sehingga menampkkan bentuk badan
- Wangian atau cologne yang terlampau wangi atau berbau yang tidak enak.
Menentukan pakaian yang sesuai untuk temuduga sangat penting kerana ia menunjukkan penampilan diri anda. Penemuduga akan menilai diri anda melalui pandangan pertama mereka seterusnya melalui proses temuduga yang dijalankan.
Diharap melalui perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan pakaian yang sesuai untuk temuduga. Semoga berjaya.
PANDUAN TEMUDUGA JAWATAN KERAJAAN
Sebelum hadiri temuduga berikut mungkin antara isu yang akan anda hadapi:
- Tiada pengalaman temuduga, anda fresh graduate yang belum mempunyai pengalaman
- Tidak tahu jenis-jenis soalan bakal ditanya panel penemuduga. Kurang pengalaman maka lebih gemuruh anda nanti
- Tak tahu beri lontaran jawapan yang jelas, gugup, kurang keyakinan semasa bercakap
- Masih belum berjaya walaupun telah hadir temuduga beberapa kali. Ini biasa, tapi kegagalan bukan penamat. Anda kena usaha sehabis baik.
Jika anda masih buntu dan tercari-cari bahan rujukan, kami di portal Kerjaya amat rekomen agar anda dapatkan Panduan Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan di bawah.
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.
Ikhlas, Portal Jawatan Kosong Kerajaan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.