Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Majikan Paksa Cuti Tanpa Gaji, Ini Cara Anda Claim RM600 Dari PERKESO

3,329

Tanpa tahu apa-apa dan secara tiba-tiba anda menerima memo untuk bercuti tanpa gaji oleh majikan dan berkuatkuasa dalam tempoh 24 jam sehingga tarikh yang ditentukan.

Mungkin majikan anda terjejas pendapatan akibat Covid-19 dan terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja.

Jadi untuk membantu para majikan dan pekerja, PERKESO telah memperkenalkan satu program iaitu Employment Retention Program (ERP).

INFO RINGKAS MENGENAI PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) ialah bantuan segera sebanyak RM600 sebulan kepada majikan bagi setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat penularan Covid-19.

Pelaksanaan program ERP adalah merupakan dasar Kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah (golongan B40 di mana pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,900) yang dilaksanakan secara pentadbiran oleh PERKESO menggunakan dana Kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN MENERIMA ERP

Antara syarat kelayakan untuk menerima ERP adalah :

  • Program ERP adalah meliputi semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP termasuk pekerja sambilan yang telah mencarum dengan SIP.
  • Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja.
  • Majikan yang melaksanakan CTG (Notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020.

KATEGORI PEKERJA YANG TIDAK LAYAK MEMOHON ERP

Diingatkan bahawa tidak semua layak menerima bantuan ERP ini seperti :

  • Pekerja yang tidak berdaftar dan mencarum dengan SIP
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja
  • Pekerja sektor awam
  • Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers
  • Pekerja asing dan pegawai dagang

CARA MEMBUAT PERMOHONAN CLAIM RM600 PERKESO

Untuk membuat permohonan claim RM600 PERKESO ini ialah :

  • Perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka.
  • Majikan yang telah memenuhi syarat, boleh menghantar permohonan secara online yang akan dimaklumkan kemudian melalui Pekeliling Majikan yang dikeluarkan oleh PERKESO.
  • Klik pautan berikut untuk membuat permohonan : ERP 2.0
  • Sertakan senarai pekerja yang mengandungi butiran seperti berikut :
    • Nama penuh pekerja
    • Nombor kad pengenalan Warganegara Malaysia
    • Nama jawatan Maklumat gaji bulanan terakhir pekerja
    • Maklumat emel dan nombor telefon untuk dihubungi

Majikan Paksa Cuti Tanpa Gaji, Ini Cara Anda Claim RM600 Dari PERKESO

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut ketika membuat permohonan ERP :

  • Surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat.
  • Majikan perlu mengisi maklumat lengkap di Borang Permohonan ERP C19 yang akan diedarkan bersama Pekeliling Majikan.

Majikan Paksa Cuti Tanpa Gaji, Ini Cara Anda Claim RM600 Dari PERKESO

KAEDAH SALURAN BAYARAN BULANAN RM600 KEPADA PEKERJA

Bagiamanakah caranya bayaran bulanan RM600 dilakukan oleh majikan sekiranya permohonan mereka diluluskan?

  • Pembayaran bulanan RM600 kepada pekerja tersebut hendaklah dikreditkan terus ke dalam akaun mereka dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja bayaran diterima daripada PERKESO.
  • Majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.

TEMPOH KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN ERP

Majikan yang telah membuat permohonan ERP akan diberikan tempoh layak menerima bantuan seperti berikut :

  • ERP yang akan diberikan adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh notis CTG daripada majikan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini, anda boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...