Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Pas Keluarga Malaysia] Macam Mana Nak Dapatkannya?

156

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Pas Keluarga Malaysia kepada orang ramai.

Pas Keluarga Malaysia ini sangat bermanfaat kepada orang ramai anda semua boleh menikmasti perjalanan tanpa had dengan harga yang sangat murah.

Macam mana nak dapatkan pas Keluarga Malaysia dengan harga RM15 ini?

INFO PAS KELUARGA MALAYSIA

Untuk pengetahuan anda, Pas Keluarga Malaysia merupakan:

  • Inisiatif bagi menggalakkan lagi orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
  • Dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)

Ia adalah bertujuan:

  • Menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor.

HARGA PAS KELUARGA MALAYSIA

Harga yang ditetapkan untuk mendapatkan Pas Keluarga Malaysia semurah RM15 sahaja.

“Ini bermakna setiap seorang di dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit(BRT) di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.”

TARIKH JUALAN PAS KELUARGA MALAYSIA

Orang ramai boleh membeli Pas Keluarga Malaysia mulai:

  • 1 Disember 2021

Selain itu, 4 orang sahaja dibenarkan untuk menggunakan 1 Pas Keluarga Malaysia serta untuk warganegara Malaysia sahaja.

Tiada had perjalanan dan sah untuk satu hari sahaja.

TEMPOH HARI SAH GUNA PAS KELUARGA MALAYSIA

Anda yang memilki Pas Keluarga Malaysia hanya sah digunakan pada setiap hari:

  • Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja.

Pas Keluarga Malaysia hanya boleh digunakan bagi perjalanan yang membabitkan pengangkutan awam termasuk:

  • LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT)

[Pas Keluarga Malaysia] Macam Mana Nak Dapatkannya?

Baca juga: Nak Tahu Tak? Bayar PTPTN Secara Debit Boleh Dapat Diskaun Sehingga 10%

CARA DAPATKAN PAS KELUARGA MALAYSIA

Mana nak dapatkan Pas Keluarga Malaysia? Anda boleh dapatkan Pas Keluarga Malaysia di:

  • Di mana-mana kaunter MyRapidKL yang terdapat di stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT

[Pas Keluarga Malaysia] Macam Mana Nak Dapatkannya?

SUMBER

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Pas Keluarga Malaysia sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...