Berikut dikongsikan prosedur permohonan passport Malaysia antarabangsa buat kali pertama.
Permohonan passport boleh dibuat di semua pejabat Imigresen dan di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara.
Harga Passport Malaysia 2017
Isi Kandungan
Terdapat 6 kategori harga passport Malaysia, iaitu:
- Pemohon biasa (berumur 13 hingga 59 tahun) – RM200
- Warga emas (60 tahun ke atas) – RM100
- Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) – RM100
- Pelajar mengikut program ijazah di luar negara (21 tahun ke bawah) – RM100
- Jemaah Haji – RM100
- Orang Kelainan Upaya (OKU) – Percuma
Bagi pelajar yang berumur 21 tahun dan ke bawah yang menerima tawaran pengajian di IPT luar negara perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti:
- Surat tawaran IPT
- Resit bayaran yuran pendaftaran
- Kad matrik pelajar (jika sedang belajar)
Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU), anda perlu mengemukakan kad pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.
Bayaran boleh dibuat melalui tunai, kad kredit, wang pos atau bank draf yang dipalang atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia/Pengarah Imigresen Negeri.
Untuk perwakilan pelajar di luar negara, pembayaran boleh dibuat atas nama Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Penolong Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Kedutaan Besar Malaysia / Konsulat Jeneral Malaysia.
Permohonan Passport Malaysia
Cara memohon passport Malaysia tidaklah rumit. Anda hanya perlu ikut beberapa langkah mudah di bawah:
- Pemohon perlu hadir sendiri di pejabat Imigresen atau pejabat perwakilan Malaysia di luar negara
- Permohonan di kaunter pejabat Imigresen Malaysia atau Pejabat Atase di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta tidak perlu membawa gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui pejabat perwakilan Malaysia di luar negara
- Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan membawa bersama gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan
Spesifikasi Gambar Passport Malaysia
Berikut merupakan spesifikasi gambar passport Malaysia seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Imigresen.
- Pemohon perlu memakai pakaian gelap serta menutupi bahagian bahu dan dada
- Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
- Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang bertudung
- Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar
- Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap
Spesifikasi untuk gambar kanak-kanak di bawah 4 tahun:
- Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang.
- Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% – 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO).
Namun perlu diingatkan, mana-mana individu yang telah disenarai hitam akibat hutang PTPTN akan dihalang ke luar negara.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.