Pastikan Resume Anda Lengkap Dengan 8 Bahagian Maklumat Ini.

Jika anda melihat contoh-contoh resume, pastinya anda melihat terdapat beberapa kategori maklumat seperti maklumat peribadi, pendidikan, pengalaman dan sebagainya yang perlu dilengkapkan.

Mengapakah maklumat ini penting di dalam resume?

Maklumat apa yang perlu dimasukkan di dalam resume?

Berikut dikongsikan 8 bahagian maklumat yang penting perlu anda masukkan ke dalam resume anda.

Mengapa Maklumat Ini Penting?

Ianya sangat penting kerana bakal majikan anda boleh melihat kemahiran, pendidikan dan pengalaman profesional anda dengan cara yang terbaik dan ringkas serta sekaligus dapat menentukan kedudukan anda sebagai salah seorang calon yang berada di senarai pilihan.

resume3

8 Bahagian Penting Dalam Resume

Semasa anda menulis resume anda, pastikan anda merancang untuk memasukkan sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan dengan diri anda. Senaraikan maklumat tersebut mengikut bahagian-bahagian berikut :

  • Maklumat diri
  • Objektif atau ringkasan
  • Pengalaman kerja
  • Pendidikan
  • Sijil ikhtisas atau lesen profesional
  • Kemahiran khas
  • Penghargaan dan penghormatan
  • Projek atau penglibatan luar

1. Maklumat diri

Masukkan maklumat diri anda pada header resume seperti :

  • Nama penuh
  • Alamat
  • Nombor relefon
  • Emel
  • Nombor telefon
  • Pautan media sosial anda.

Jika anda mempunyai laman web yang berkaitan dengan pekerjaan anda, masukkan pautannya sebagai salah satu portfolio anda. Pastikan segala maklumat tersebut adalah yang betul dan terkini supaya pihak majikan mudah untuk menghubungi anda.

Contoh:

  • Jason Lee
  • 1110, Lorong Emas,
    Jalan Batu 10, 93250,Kuching, Sarawak.
  • 011-14445678
  • [email protected]
  • https://www.facebook.com/jason.lee

2. Objektif atau ringkasan

Seterusnya, masukkan objektif profesional anda atau ringkasan kerjaya.  Anda boleh memilih untuk menulis objektif kerjaya untuk menentukan tujuan kerjaya anda seperti profesional yang lain atau menulis ringkasan kerjaya dan kelayakan anda seperti contoh :

Objektif kerjaya :  “Merupakan seorang pereka web yang ingin menjadikan misi syarikat tercapai dengan hasil yang paling kreatif.”

Ringkasan kerjaya : “Pereka web yang berpengalaman dan serba boleh dengan pengalaman lebih dari 20 tahun dalam pelbagai industri”.

3. Pengalaman kerja

Senaraikan pengalaman kerja mengikut urutan kronologi terbalik iaitu bermula dengan kedudukan terkini. Masukkan pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Masukkan maklumat berikut dibahagian ini :

  • Nama majikan atau syarikat
  • Jawatan
  • Tarikh masuk bekerja
  • Tugasan anda

Contoh :

Pereka Web Junior, Kreatif Molek Sdn Bhd, 2015 hingga kini

  • Membangunkan laman web yang responsif untuk pelanggan dalam industri kewangan dan perakaunan.
  • Urus interface (UI) dan keperluan pengguna (UX).
  • Buat grafik dan animasi.
  • Gunakan CSS, HTML5, WordPress dan JavaScript.

Intern Design Web, Grafik Technology, 2014-2015

  • Menguji laman web yang telah siap.
  • Membuat template baru HTML.
  • Menyiapkan grafik dan ikon.

4. Pendidikan

Masukkan senarai maklumat pendidikan anda bermula dengan pencapaian tertinggi seperti ijazah atau diploma atau yang berkaitan seperti Sijil, STPM dan SPM. Masukkan maklumat berikut :

  • Jenis pencapaian ( Ijazah, Diploma, Sijil, STPM dan SPM).
  • Nama institusi.
  • Bidang pengajian.
  • Tarikh tamat pengajian.
  • Nilai gred.

Contoh :

  • Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik Dan Multimedia
  • Universiti Multimedia
  • Major Grafik Dan Rekaan
  • Kepujian Tinggi : Gred 3.9
  • Konvokesyen : Mei 2014

5. Sijil ikhtisas atau lesen profesional

Sekiranya anda mempunyai sijil ikhtisas atau lesen profesional, masukkan ke dalam resume anda. Masukkan maklumat sijil atau lesen profesioanl tersebut seperti berikut :

  • Nama sijil
  • Nama organisasi yang mengeluarkan sijil
  • Tarikh penerimaan sijil
  • Bidang kepakaran

Nota : Sekiranya jawatan yang anda pohon tidak memerlukan kelayakan ini atau anda belum menerima sijil kerana masih di dalam kursus, anda tidak perlu memasukkan bahagian ini di dalam resume.

Contoh:

  • Malaysian Skills Diploma (Level 4) / DKM, Institut Kemahiran Mara : 2018
  • Sijil Ikhtisas Pembangun Perkhidmatan Web Amazon, Amazon: 2017
  • Microsoft Technology Associate, Microsoft: 2016

6. Kemahiran

Sertakan semua kemahiran anda yang relevan termasuk tahap kecekapan merangkumi kemahiran teknikal dan soft skill yang berkaitan dengan kemahiran teknikal seperti contoh berikut :

Kemahiran teknikal :

  • Adobe Animate : Sangat mahir
  • CSS : Sangat mahir
  • HTML5 : : Sangat mahir
  • JavaScript : Sangat mahir
  • PHP : Sangat mahir
  • Reka bentuk grafik : Mahir
  • UI / UX : Mahir
  • WordPress : Mahir

Soft- skill :

  • Perincian dan peneliitan terhadap hasil kerja
  • Kreativiti dan inovasi
  • Pengurusan masa

7. Penghargaan dan penghormatan

Di bahagian ini, senaraikan penghargaan dan anugerah profesional yang telah anda terima. Sertakan nama anugerah, organisasi dan tarikh anda menerimanya. Anda juga boleh memasukkan butiran tambahan seperti butir maklumat penghargaan atau penghormatan yang diterima.

Contoh :

Young Web Designer of The Year, Persatuan Pereka Web Profesional Malaysia : 2018

8. Projek atau penglibatan luar

Akhir sekali, senaraikan sebarang projek atau penglibatan yang anda laksanakan diluar waktu bekerja dan berkaitan dengan pengalaman kerja anda. Masukkan nama projek, tarikh siap projek dan sedikit penerangan ringkas. Anda juga boleh masukkan beberapa data yang ringkas dan yang bersesuaian.

Nota : Sekiranya bahagian ini tidak berkaitan dengan pengalaman kerja anda, anda tidak perlu memasukkannya ke dalam resume.

Contoh :

Savings Challenge

  • Mereka laman web untuk promosi yang diketuai oleh NGO Secret Help, pada tahun 2018.
  • Menggunakan kemahiran seperti  Adobe Animate, JavaScript, CSS, HTML5 dan UI / UX.
  • Menyumbang kepada peningkatan penjimatan 20% di kalangan pekerja swasta sepanjang suku ketiga 2018.

AuditService

  • Memimpin pasukan reka bentuk yang membuat laman web pengiraan audit untuk syarikat AuditNew Sdn Bhd.
  • Reka bentuk yang digunakan ialah UI / UX dan menggunakan skill kemahiran kepimpinan.
  • Menjana 600,000 pelawat ke laman web sepanjang separuh pertama tahun 2017.

forum

Diharap perkongsian ini menjadi panduan untuk anda menghasilkan resume yang terbaik.

Semoga berjaya.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.