Interview Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 Secara TSOI, Ini 13 Contoh Soalan Untuk Rujukan Anda
Calon bagi jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 yang telah lulus Ujian PSEE sudah boleh membuat persiapan untuk temuduga secara online TSOI atau secara bersemuka.
Bagi anda yang inginkan proses temuduga mereka berjalan dengan lancar, yakin ketika temuduga seterusnya lulus dengan baik, dapatkan contoh soalan yang dikongsikan disini.
Juga dapatkan panduan teknikal bagi calon temuduga TSOI dan buat persediaan dengan lebih awal sebelum temuduga anda nanti.
Baca juga: Temuduga Pegawai Penilaian Gred W41. Ini 19 Contoh Soalan Untuk Panduan Temuduga TSOI
INFO RINGKAS PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19
Isi Kandungan
Calon Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 diingatkan untuk mengambil tahu mengenai beberapa info berkaitan jawatan yang dipohon kerana calon sebelum ini telah menyatakan bahawa panel penemuduga pastinya bertanyakan info mengenai jawatan yang tersebut.
Antara info mengenai jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 yang anda perlu tahu ialah:
- Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
- Gaji Minimum: RM1,352.00
- Gaji Maksimum: RM4,003.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19
Tahu tak apakah deskripsi tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19?
Tugas seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 ialah:
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
CONTOH SOALAN INTERVIEW PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19
Soalan-soalan yang ditanya mungkin mempunyai persamaan. Namun ianya mempunyai teknik-teknik untuk menjawabnya. Anda boleh dapatkan soalan yang dikongsikan disini dan dapatkan jawapan seterusnya jadikan ianya menarik serta relevan untuk dijawab.
Antara soalan yang ditanya oleh panel penemuduga ialah:
- Hai Ahmad. Ceritakan tentang diri and yang tidak ada dalam resume.
- Kenapa anda datang untuk mohon kerja ini sedangkan anda sudah ada pekerjaan yang jauh lebih baik dari jawatan ini?
- Betul ke jawatan ini kerjanya angkat telefon sahaja? Kalau ada tugasan lain, sila terangkan kepada saya.
- Kalaulah ada masalah ditempat kerja anda, macam mana anda nak selesaikannya?
- Boleh tak ceritakan tentang latar belakang jabatan/kementerian yang bakal anda ditempatkan?
- Bersedia tak anda sekiranya diminta untuk melakukan tugasan yang lain dan tinggalkan sekejap kerja yang sedang anda lakukan?
- Apa tindakan anda sekiranya ada pelanggan yang masuk ke kawasan pejabat tanpa mengikut SOP yang telah ditetapkan?
- Pelanggan datang dengan rasa marah dan tidak puas hati atas beberapa masalah yang dihadapi. Apa anda akan buat?
- Terangkan secara ringkas piagam pelanggan jabatan ini.
- Boleh tak main Tiktok, Facebook semasa bekerja?
- Boleh kerja lebih masa tak?
- Kenapa Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 perlu menjaga imej/penampilan diri?
- Ada apa-apa soalan yang nak ditanya?
PANDUAN TEKNIKAL BAGI CALON TSOI
Antara panduan teknikal yang perlu diambil berat oleh calon temuduga secara online (TSOI), inilah keperluan spesifikasi peranti yang anda perlu tahu:
Atau lebih lengkap dapatkan disini:
Baca juga: Tips Temuduga Online Untuk Pelbagai Jenis Jawatan KEMAS. Buat Ini Jika Anda Nak Lulus!
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.