Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

10 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) TSOI, Untuk Ulangkaji

1,283

Ada yang dipanggil untuk temuduga Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) secara TSOI?

Jika ya, anda boleh dapatkan beberapa soalan yang dikongsikan disini untuk persediaan sebelum hari temuduga agar segala proses temuduga berjalan dengan lancar.

Dapatkan contoh soalan beserta tips menghadapi temuduga untuk anda amalkan sepanjang proses temuduga TSOI nanti.

INFO RINGKAS PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41 (PERTUTURAN)

Diingatkan kepada para calon temuduga Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) bahawa maklumat mengenai jawatan yang dipohon merupakan antara soalan yang sering disoal semasa temuduga.

Jadi, apakah info berkaitan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) yang perlu anda tahu?

Semak disini ya!

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Gaji minimum: RM2,429.00
  • Gaji Maksimum: RM9,656.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

DESKRIPSI TUGAS

Ini juga salah satu soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga. Oleh itu, sila ambil tahu mengenai deskripsi tugas Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan) seperti dibawah:

  • Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bertanggungjawab menjalankan pemulihan dan rehabilitasi masalah komunikasi, kelancaran bertutur, masalah suara serta memberi khidmat kaunseling.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41 (PERTUTURAN)

Anda boleh jadikan contoh soalan hasil perkongsian calon sebelum ini untuk rujukan dan ulangkaji sebelum anda hadir temuduga nanti.

Antara soalannya ialah:

  1. Perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah dan fungsi-fungsi KKM?
  3. Mengapa anda memilih untuk bekerja sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)?
  4. Apakah yang anda faham dengan masalah pertuturan?
  5. Apa yang menyebabkan berlakunya masalah pertuturan yang selalu dihadapi oleh pesakit?
  6. Terangkan apakah itu masalah sengau?
  7. Ceritakan kepada saya tugas sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan).
  8. Terangkan 4 kesalahan yang sering berlaku gangguan artikulasi?
  9.  Ceritakan 2 bentuk kecacatan kualiti suara.
  10. Anda ada apa-apa soalan yang ingin diajukan?

May be an image of text

Baca juga: 10 Tips Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Virtual Interview. Amalkan & Gerenti Lulus!

SOALAN TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS. INI CARA JAWAB

Kadangkala penemuduga akan menguji calon dengan bertanyakan soalan-soalan ringkas dalam bahasa Inggeris untuk menguji calon.

Disini dikongsikan 7 jenis soalan yang mungkin disoal oleh penemuduga berserta jawapan untuk anda.

  1. What is your weakness (apakah kelemahan anda)?
  2. Why do you want to work in this place? (Kenapa anda ingin bekerja di sini?)
  3. Tell us about yourself (Perkenalkan diri anda)
  4. Why did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)
  5. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)
  6. What salary are you seeking (berapa gaji yang anda minta)?
  7. Why should we hire you?

Klik sini untuk dapatkan jawapan serta cara menjawabnya.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...