Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tugas-Tugas Pegawai Siasatan Gred P41 & Contoh Soalan Temuduga

2,883

Syukur buat semua calon yang lulus dalam peperiksaan secara online bagi permohonan jawatan Pegawai Siasatan Gred P41. Tahniah diucapkan!

Langkah seterusnya buat persediaan untuk temuduga pula dengan mengumpul seberapa banyak info yang berkaitan dengan Pegawai Siasatan Gred P41.

Semak juga apakah tugas-tugas Pegawai Siasatan Gred P41 dan dapatkan contoh-contoh soalan untuk rujukan anda

INFO JAWATAN PEGAWAI SIASATAN GRED P41

Sekali lagi diingatkan kepada semua calon temuduga bahawa panel penemuduga akan bertanyakan soalan mengenai jawatan yang dipohon untuk menguji pengetahuan anda.

Apakah info-info tersebut? Semak disini.

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/Jabatan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Gaji Minimum: RM2,502.00
  • Gaji Maksimum: RM9,803.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM230.00

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

TUGAS-TUGAS PEGAWAI SIASATAN GRED P41

Terdapat 7 jenis tugas-tugas Pegawai Siasatan Gred P41 yang anda perlu tahu iaitu:

1. Aspek Siasatan

  • Mengkaji maklumat yang hendak dibuat aduan atau menemubual pengadu yang hendak membuat aduan.
  • Membuat perancangan dan mengambil tindakan untuk menjalankan siasatan terbuka sama ada secara operasi pembongkaran, operasi mengejut, operasi perangkap atau siasatan biasa.
  • Menjalankan pembongkaran, penyemakan dokumen dan penyitaan dokumen atau harta benda yang berkaitan.
  • Menjalankan money trial dan asset tracing untuk mengesan wang hasil rasuah terutamanya yang melibatkan harta yang berlebihan menggunakan forensik perakaunan

2. Aspek Pendidikan Masyarakat

  • Menyampaikan ceramah pencegahan rasuah kepada kumpulan sasaran sektor awam, swasta, pelajar, NGO dan parti politik serta orang ramai.
  • Melaksanakan program dialog, diskusi, majlis penerangan, taklimat dan wacana kepada sektor awam, swasta, pelajar, NGO dan politik.
  • Menyelaraskan dan melaksanakan program-program kemasyarakatan seperti gotong-royong dan gerak mesra.
  • Membuat persembahan bermesej menggunakan pendekatan muzikal yang mengandungi lagu-lagu anti rasuah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang gejala rasuah kepada masyarakat.

3. Aspek Pemeriksaan dan Perundingan

  • Mengkaji dasar, undang-undang, peraturan serta amalan, sistem dan tatacara yang diguna pakai oleh sesebuah jabatan kerajaan yang membuka ruang dan peluang berlakunya rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta membuat perakuan untuk membaikinya.
  • Menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan tatacara yang diguna pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan.
  • Membantu memberi khidmat nasihat kepada sesebuah jabatan kerajaan tentang cara bagaimana rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dicegah dengan berkesan oleh jabatan kerajaan berkenaan.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan dalaman di SPRM bagi mengemas kini dan memperbaiki atau membangunkan sesuatu sistem dan tatacara tertentu.

4. Aspek Perundangan dan Pendakwaan

  • Berurusan dengan Timbalan Pendakwa Raya.
  • Membuat laporan statistik kes pendakwaan.
  • Membuat laporan kes pendakwaan yang telah selesai.
  • Menguruskan permohonan sapina dan lain-lain permohonan bersangkutan dengan perbicaraan

5. Aspek Penyelidikan dan Perancangan

  • Menyediakan Laporan Harian, Laporan Mingguan, Laporan Bulanan, Laporan Suku Tahun, Laporan Tahunan Bahagian dan SPRM.
  • Menyelaras dan menjalankan Kajian Keberkesanan Program-Program Pencegahan Rasuah di seluruh negara.
  • Membantu merangka soalan-soalan kaji selidik dan menjadi Enumerator bagi kajian-kajian yang dijalankan.
  • Menyediakan anggaran bajet program-program pencegahan rasuah diperingkat bahagian.

6. Aspek Latihan

  • Membantu mengendali dan menyelaras program latihan yang berkaitan dengan aktiviti siasatan, perisikan, perundangan, pendakwaan, pemeriksaan dan perundingan, pendidikan masyarakat, latihan, pengurusan, pentadbiran dan kewangan dan kursus pencegahan rasuah yang melibatkan peserta-peserta luar negara.
  • Membantu memantau dan memastikan peralatan dan bahan kursus disediakan sepenuhnya.
  • Membantu memantau dan memastikan Borang Penilaian Kursus dan Borang Penilaian Penceramah disediakan secukupnya dan diedarkan kepada peserta serta dikembalikan untuk penyediaan laporan
  • Membantu dalam mengendalikan penyelidikan latihan kajian penilaian impak kursus, analisis keperluan latihan, penilaian latihan dan penilaian penceramah.

7. Aspek Keselamatan

  • Membantu Ketua Unit Keselamatan Fizikal, Unit Keselamatan Dokumen, Unit Keselamatan ICT dan Unit Keselamatan Peribadi.
  • Membantu mengurus kawalan keselamatan penghantaran,pergerakan dan penyimpanan dokumen berperingkat.
  • Membantu mengurus pelantikan pegawai pengelasan.
  • Membantu mengurus penyediaan profil dan tapisan keselamatan peribadi.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA

Apa pula contoh-contoh soalan temuduga yang mungkin ditanya oleh panel temuduga? Dapatkan disini dan diingatkan kepada anda, soalan ini adalah ramalan sahaja.

Antara contoh soalannya ialah:

  1. Perkenalkan diri anda.
  2. Apa itu rasuah?
  3. Tahu tak apa itu Akta Pencegahan Rasuah 1997? Terangkan kepada saya.
  4. Adakah anda faham apa itu integriti?
  5. Apakah isu-isu terkini berkaitan dengan rasuah yang berlaku di negara Malaysia?
  6. Penggubahan Wang Haram sering disebut-sebut dan apakah isu terkini mengenai penggubahan wang haram yang telah berlaku?
  7. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diperkenalkan oleh siapa? Dan apakah itu IBR?
  8. Terdapat 7 kategori pencegahan rasuah yang diperkenalkan oleh SPRM. Sebutkan 3 daripada 7 kategori tersebut.
  9. Apakah akta untuk melindungi pemberi maklumat kesalahan rasuah?
  10. Terangkan syarat-syarat perlindungan pemberi maklumat bagi kesalahan rasuah.
  11. Adakah Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) sama? Jika tidak sama, apakah perbezaannya?
  12. Sebutkan faedah Ikrar Integriti Korporat atau Corporat Integrity Pledge (CIP).
  13. Adakah Program Wira Anti Rasuah (WAR) masih lagi diteruskan? Apakah penambahbaikan yang akan anda lakukan?

Selain itu, anda boleh mendapatkan bahan bacaan di laman rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengandungi pelbagai info yang boleh dijadikan sumber rujukan.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Baca juga: Apakah Sumbangan Anda Untuk Kerajaan Sebelum Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam? 5 Tips Cara Jawab

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...