Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Duit Banyak Habis Untuk Langgan Internet? Jangan Risau, Boleh Tuntut Pelepasan Cukai Untuk Tahun Taksiran 2021 Tau!

2,300

Tidak dinafikan bahawa kegunaan internet pada zaman kini sangat menjadi keutamaan kerana semua lapisan masyarakat menggunakan internet untuk melakukan semua urusan.

Tetapi, jika anda mempunyai resit langganan internet bermula bulan Januari 2021, ia sangat berguna untuk anda mengurangkan cukai yang perlu anda bayar bagi sepanjang tahun 2021.

Pelepasan cukai bagi tahun 2021 juga bukan sekadar untuk langganan internet sahaja, malah ia juga diberikan kepada kategori-kategori yang boleh anda disemak disini nanti.

4 KATEGORI PELEPASAN CUKAI INDIVIDU TAHUN 2021

Terdapat 4 kategori pelepasan cukai individu bagi Tahun 2021 iaitu:

  1. Pelepasan Cukai Individu
  2. Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan
  3. Pelepasan Anak
  4. Caruman & Sumbangan

Kemudian ia terbahagi kepada kategori-kategori seperti berikut:

1. Pelepasan Cukai Individu

  • Individu dan Saudara Tanggungan: RM9,000
  • Individu Kurang Upaya: RM6,000
  • Suami atau Isteri Kurang Upaya: RM5,000
  • Suami/Isteri/Alimoni Kepada Bekas Isteri: RM4,000
  • Yuran Pengajian Diri Sendiri: RM7,000 (Termasuk Kursus UpSkilling atau Self-Enhancement dalam apa-apa bidang kemahiran yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran dan terhad keapda RM1,000)

2. Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan

  • Perbelanjaan Melancong Dalam Negara: RM1,000 untuk penginapan di premis yang berdaftar dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan. Pastikan anda membuat semakan penginapan yang berdaftar dipautan berikut: https://www.motac.gov.my/semakan/hotel-berdaftar
  • Rawatan Perubatan Keperluan Khas & Penjagaan Ibu Bapa: RM8,000
  • Peralatan Alat Sokongan Asas (Individu/Suami/Isteri/Anak/Ibu Bapa OKU): RM6,000
  • Gaya Hidup: RM2,500 untuk pembelian bahan bacaan, pembelian komputer peribadi, telefon pintar/tablet, bayaran langganan internet dan pembelian peralatan sukan dan bayaran keahlian gymnasium.
  • Tambahan RM2,500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar/tablet). Kalau nak beli laptop yang murah dan harga berpatutan, anda boleh klik sini sahaja: https://shp.ee/2tnh48v
  • Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan seperti pembelian peralatan sukan, sewaan/fi di mana-mana fasiliti sukan dan fi pendaftaran penyertaan pertandingan.
  • Pembelian peralatan penyusuan: RM1,000 untuk pembayar cukai wanita sahaja, untuk anak berumur kurang 2 tahun dan tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun. Nak cari yang murah-murah dan berkualiti? Pilih disini ya!: https://shp.ee/44a8qnv
  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius untuk individu/suami/isteri/anak dan perbelanjaan rawatan kesuburan untuk diri sendiri atau pasangan: RM8,000. Ia adalah termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan Covid-19 dan vaksinasi yang dibenarkan. Terhad sebanyak RM1,000 sahaja.

3. Pelepasan Anak

  • Anak berumur di bawah 18 tahun RM2,000 dan belum berkahwin.
  • Anak berumur di atas 18 tahun sebanyak RM2,000 bagi anak yang belum berkahwin dan belajar sepenuh masa.
  • Anak berumur di atas 18 tahun sebanyak RM8,000 bagi anak yang belum berkahwin dan belajar di IPT (diploma dan ke atas).
  • Yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak/Tadika Berdaftar sebanyak RM3,000 bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah serta dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri.
  • Pelepasan cukai untuk anak kurang upaya sebanyak RM6,000.
  • Tambahan bagi anak kurang upaya sebanyak RM8,000 dan belum berkahwin serta belajar di IPT bagi Diploma dan ke atas.

4. Caruman & Sumbangan

  • Insuran Nyawa dan KWSP (Individu penjawat awam berpencen): RM7,000
  • Insuran Nyawa/Takaful (Selain Penjawat Awam): RM3,000
  • KWSP/Skim yang diluluskan: RM4,000
  • PERKESO: RM2,500
  • Skim Persaraan & Anuiti Tertunda: RM3,000
  • Insurans Perubatan & Pendidikan untuk individu/pasangan/anak: RM3,000
  • SSPN (Tabungan Bersih): RM8,000

Duit Banyak Habis Untuk Langgan Internet? Jangan Risau, Boleh Tuntut Pelepasan Cukai Untuk Tahun Taksiran 2021 Tau!

CONTOH PELEPASAN CUKAI INDIVIDU LANGGANAN INTERNET

Untuk pelepasan cukai individu langganan internet Tahun 2021, ada boleh fahami melalui contoh berikut:

Razak membeli laptop untuk kegunaan PdPR anaknya dengan harga RM4,000 pada 1/1/2021. Razak boleh menuntut keseluruhan perbelanjaan itu dengan memasukkan RM2,500 di ruang pelepasan gaya hidup TAMBAHAN ini dan baki RM1,500 dimasukkan di ruang pelepasan gaya hidup.
Bila dah beli laptop, sudah pasti Razak melanggan internet untuk memudahkan anaknya belajar PdPR dirumah. Baki boleh tuntut tinggal RM1,000 kerana pelepasan gaya hidup ini juga terhad kepada RM2,500.

Selain itu, jangan lupa untuk membayar Zakat/Fitrah kerana anda mendapat Rebat Cukai mengikut Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) dan ianya adalah kesitimewaan kepada orang Islam.

Dapatkan cara kiraan Zakat Pendapatan Tahun 2021 di sini ya! Mudah sahaja.

Bagi anda yang ingin mengisi Borang e-Filling online cukai pendapatan pula, klik sini untuk dapatkan langkah-langkah mengisi borang cukai pendapatan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...