Cara Mohon Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19, Terbuka Kepada Pemegang SPM, Sijil Vokasional & SKM

Kementerian Pembangunan Luar Bandar mempelawa pemegang Sijil SPM, Sijil Vokasional Malaysia dan SKM untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 KEMAS.

Pastikan anda menepati syarat kelayakan yang ditetapkan dan untuk pengetahuan anda juga, permohonan adalah secara online sahaja.

Dapatkan syarat kelayakan permohonan dan bidang-bidang yang ditawarkan seterusnya buat permohonan sebelum tarikh tutup.

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 KEMAS, pastikan anda membuat permohonan seperti tarikh berikut:

  • Tarikh Buka Permohonan: 13 Disember 2021
  • Tarikh Tutup Permohonan: 2 Januari 2022

BIDANG DITAWARKAN

Terdapat 2 kategori bidang yang ditawarkan iaitu:

1. Bidang Pendidikan Kemahiran

  • Jahitan
  • Masakan
  • Seni Tangan
  • Dandanan Diri
  • Pendidikan Kesejahteraan Keluarga
  • Literasi Komputer

2. Bidang Pembangunan Komuniti

  • Bina Insan
  • Pusat Sumber
  • Gerakan Daya Wawasan
  • Pendidikan Literasi Fungsian

SYARAT & KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat dan kelayakan permohonan untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 KEMAS ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  • Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Kepujian sekurang-kurangnya Gred C bagi subjek Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan
  • Keutamaan kepada calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut bidang jawatan
  • Bukan kakitangan lantikan tetap atau kontrak (Contract Of Service) dalam perkhidmatan kerajaan
Nota: Hanya 1 jawatan sahaja yang dibenarkan semasa membuat permohonan. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat seperti dinyatakan akan ditolak.

CARA BUAT PERMOHONAN PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19

Anda mesti membuat permohonan secara online sahaja. Permohonan adalah seperti berikut:

Cara Mohon Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19, Terbuka Kepada Pemegang SPM, Sijil Vokasional & SKM

  • Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  • Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Selain itu, bagi anda yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai Guru (TABIKA/TASKA) KEMAS ambilan Tahun 2022 dipautan berikut:

Cara Mohon Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19, Terbuka Kepada Pemegang SPM, Sijil Vokasional & SKM

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 KEMAS sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.