Interview Pembantu Pertahanan Awam Gred KP 19 Angkatan Pertahanan Malaysia. Rujuk Contoh Soalan Ini

Dah buat semakan keputusan Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera dan Kecergasan untuk jawatan Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19? Kalau belum, klik pautan ini https://online.spa.gov.my/online.

Buat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda. Klik Hantar dan keputusan akan dipaparkan.

Tahniah kepada yang berjaya dan seterusnya bolehlah buat persediaan untuk menghadapi temuduga pula. Dapatkan contoh-contoh soalan disini dan cuba dapatkan jawapan sebelum temuduga yang sebenar.

INFO RINGKAS PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19 DI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)

Kalau anda nak tahu, soalan mengenai tugasan dan info mengenai jawatan adalah salah satu soalan yang sangat popular dikalangan panel penemuduga.

Ia adalah bertujuan untuk ketahui sama ada calon sangat berminat dengan jawatan itu atau tidak serta panel juga ingin tahu sama ada calon membuat persediaan atau tidak untuk menghadapi temuduga yang dijalankan.

Antara info penting yang calon perlu tahu adalah:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Pertahanan Awam
  • Gaji Minimum: RM1,360.00
  • Gaji Maksimum: RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

DESKRIPSI TUGAS

Antara tugas-tugas penting seorang Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 di Angkatan Pertahanan Awam (APM) ialah:

  • Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran/kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.

Selain itu, anda boleh ambil tahu apakah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia iaitu:

  1. Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  2. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
  3. Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
  4. Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
  5. Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
  6. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
  7. Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
  8. Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
  9. Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

CONTOH-CONTOH SOALAN TEMUDUGA

Kebanyakan calon sangat takut menghadapi temuduga tidak kira sama ada ianya secara bersemuka atau secara online. Tapi kalau sudah buat persediaan, pastinya calon lebih yakin nak jawab setiap soalan yang diajukan oleh panel penemuduga.

Antara soalan yang sering ditanya ketika temuduga ialah:

  1. Ceritakan dengan ringkas mengenai latar belakang anda.
  2. Mengapa anda memilih untuk bekerja sebagai Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 di Angkatan Pertahanan Awam (APM)?
  3. Bersediakah anda bekerja di tengah panas sebagai frontliner di Sekatan Jalan Raya (SJR) bersama anggota tentera, polis dan RELA? Mengapa?
  4. Apakah tugas-tugas Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19?
  5. Apa pula peranan Pertahanan Awam?
  6. Ada 16 jenis Gelaran Pangkat Pegawai Kehormat/Bersekutu dan Pasukan. Boleh sebutkan beberapa gelaran pangkat yang anda tahu?
  7. APM juga membuka tawaran kepada orang awam sebagai Sukarelawan. Tahu tak cara nak mohon?
  8. Terdapat 5 jenis program pendidikan bermula pelajar sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke IPT, sebutkan 2 daripada program tersebut.
  9. Adakah APM bersedia 24 jam untuk sebarang bencana alam di Malaysia?
  10. Apakah maksud bagi warna pakaian APM iaitu oren dan biru?
Nota: Ini adalah contoh-contoh soalan yang dikongsikan oleh calon sebelum ini. Anda boleh mendapatkan contoh-contoh soalan lain berdasarkan info-info yang ada pada halaman rasmi APM.

SENARAI PANGKAT & GELARAN APM

Anda juga boleh mendapatakan senarai pangkat dan gelaran yang ada pada APM melalui pautan berikut:

Interview Pembantu Pertahanan Awam Gred KP 19 Angkatan Pertahanan Malaysia. Rujuk Contoh Soalan Ini

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Baca juga: Apakah Sumbangan Anda Untuk Kerajaan Sebelum Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam? 5 Tips Cara Jawab

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.