14 Soalan Temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19 Sebagai Rujukan. Siapkan Jawapan Yang Paling Kreatif Ya!

Tidak lama lagi pemohon bagi jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19 bakal dipanggil untuk temuduga secara Online In Situ (TSOI).

Tak nak gagal dalam temuduga nanti?

Jom, buat persediaan daripada sekarang dengan membuat ulangkaji berdasarkan 14 contoh soalan yang dikongsikan oleh calon temuduga sebelum ini.

INFO RINGKAS PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19

Disini juga ada dikongsikan beberapa info jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19 secara ringkas untuk pengetahuan anda.

Dimaklumkan juga bahawa kebanyakan penemuduga akan bertanyakan soalan mengenai jawatan yang anda pohon untuk menguji pengahuan anda.

Semak disini info ringkas mengenai jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19 untuk anda.

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
  • Gaji Minimum: RM1,352.00
  • Gaji Maksimum: RM4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19

Ingat ya! Panel penemuduga pastinya akan bertanyakan mengenai tugas yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon.

Deskripsi tugas Pembantu Pustakawan Gred S19 adalah:

  • Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan termasuk pinjaman antara perpustakaan.

14 CONTOH SOALAN INTERVIEW PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19

Setiap calon temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19 pastinya ingin dapatkan gambaran soalan temuduga agar boleh membuat persiapan dan sediakan jawapan untuk temuduga nanti.

Apakah soalan-soalan tersebut?

  1. Perkenalkan diri anda
  2. Mengapa anda memilih untuk memohon jawatan ini?
  3. Apa persediaan untuk temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19?
  4. Terangkan deskripsi tugas sebagai Pembantu Pustakawan Gred S19.
  5. Kalau saya ambil kamu bekerja, apa yang kamu rasa tak best dan ingin membuat penambahbaikan pada suasana kerja yang ada?
  6. Selalu tak anda pergi ke perpustakaan?
  7. Bila kali terakhir anda pergi ke perpustakaan?
  8. Apakah buku terakhir yang anda baca?
  9. Senaraikan rukun negara Malaysia dan apakah tema kemerdekaan tahun ini?
  10. Apakah isu semasa yang sedang dibincangkan seluruh Malaysia sekarang ini?
  11. Siapakah Ketua Pengarah dan Penolong Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia?
  12. Bersediakah anda jauh daripada keluarga dan dihantar jauh dari tempat tinggal anda sekarang?
  13. Apakah Peraturan-peraturan Perpustakan Negara 1977?
  14. Tahu tak apa itu Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)
Nota: Anda juga boleh dapatkan nota mengenai Akta, Dasar dan Peraturan mengenai Perpustakaan Negara Malaysia di pautan berikut: Perpustakaan Negara Malaysia

Juga dapatkan tips membuat resume mudah agar majikan tertarik dengan anda seterusnya offer anda untuk terus bekerja!

Rujuk: 6 Tips Buat Resume Mudah Dapat Kerja. Sekali Majikan Baca, Terus Tertarik Ambil Korang Kerja!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.