Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pembiayaan Agropreneur Muda Untuk Belia. Semak Syarat & Cara Permohonan

1,533

Ramai antara anak muda atau belia yang sangat berminat untuk menceburi bidang pertanian, namun tidak tahu cara yang betul untuk membuat permohonan terutamanya modal permulaan.

Oleh itu, Kementerian Pertanian dan Industari Makanan telah memperkenalkan Geran Program Agropreneur Muda dengan menyediakan geran untuk membantu dan menggalakkan golongan muda dalam bidang pertanian.

Jadi, dapatkan syarat kelayakan untuk menyertai program ini serta geran yang sesuai untuk dipohon.

INFO RINGKAS PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

Program Agropreneur Muda diwujudkan di bawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Program ini merupakan satu inisiatif Kementerian terhadap golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun.

Tujuan utama program ini diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti tanaman, ternakan dan perikanan, serta industri makanan termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian serta agropelancongan.

KUMPULAN SASAR PEMBIAYAAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

Kumpulan sasar untuk Geran Program Agropreneur Muda ialah:

Individu yang:

  • Perpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan
  • Berumur antara 18 – 40 tahun.

TEMPOH PERMOHONAN

  • Dibuka sepanjang tahun

3 JENIS BANTUAN BAGI PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

Terdapat 3 jenis bantuan untuk program ini iaitu:

  • Geran Agropreneur Muda (GAM)
  • Pakej Pembiayaan
  • Khidmat nasihat teknikal dan kursus / latihan teknikal secara insentif

SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

Syarat untuk memohon Pembiayaan Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun
  3. Boleh membaca, mengira dan menulis
  4. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah MAFI atau yang diiktiraf oleh MAFI
  5. Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MAFI berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal
  6. Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada

Juga terdapat syarat tambahan seperti berikut:

Permohonan Geran

Bagi individu yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MAFI adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.

Permohonan Pembiayaan

  1. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi
  2. Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran
  3. Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiaya.
Nota: Setiap pemohon layak menerima geran sekali seumur hidup sahaja.

CARA MOHON PEMBIAYAAN PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MAFI atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :

  • Borang Pendaftaran UAM berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport.
  • Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap.
  • Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Pendaftaran UAM perlu disertakan anggaran Sebut Harga.
  • Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MAFI.
  • Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).

Dapatkan borang permohonan yang lengkap di: https://www.mafi.gov.my/agropreneur-muda

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat berkaitan permohonan Pembiayaan Agropreneur Muda, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat di:

  • Telefon: 03-8870 1375 / 1766
  • Faks: 03-8888 6906
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...