Belanjawan 2021: Penambahbaikan Bantuan Belanjawan 2021. Rujuk Senarai Ini

Kini segalanya telah terjawab sudah segala teka teki yang bermain diminda rakyat mengenai Belanjawan 2021. Akhirnya Belanjawan 2021 telah diluluskan dan ianya menjadi tunjang pembangunan dan kelangsungan ekonomi negara.

Menteri Kewangan telah membuat penggulungan dan terdapat beberapa penambaikan yang melibatkan pelbagai sektor dan ianya memberi manfaat kepada semua rakyat seterusnya memberi perkembangan yang baik kepada negara dari segi ekonomi khasnya.

Dapatkan penambahbaikan bantuan Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Negara melalui artikel ini.

Belanjawan 2021: Penambahbaikan Bantuan Belanjawan 2021. Rujuk Senarai Ini

SENARAI PENAMBAHBAIKAN BANTUAN BELANJAWAN 2021

1. Pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1

  • Program i-Sinar diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan atau pengurangan pendapatan.
  • Had pengeluaran dinaikkan kepada RM10,000.
  • Layak kepada 8 juta ahli melibatkan RM70 bilion.
  • Permohonan pengeluaran pada Disember 2020.
  • Wang akan dikreditkan pada Januari 2021.

2. Bantuan Petugas Barisan Hadapan

  • Diperluaskan kepada anggota polis, tentera dan agensi lain yang diperakui NADMA.
  • Bayaran adalah secara one-off sebanyak RM300.

3. Bantuan eBelia

  • Ditambah daripada RM50 kepada RM100.
  • Melibatkan penerima berusia antara 18 hingga 20 tahun.
  • Beri manfaat kepada RM1.5 juta belia.
  • Dipanjangkan kepada 1.1 juta mahasiswa IPT dan IPTS.
  • Bantuan ini juga diperluaskan termasuk mereka yang berumur lebih daripada 20 tahun.

Juga dapatkan info lengkap berkaitan e-Dompet eBelia disini.

4. Bantuan Covid-19

  • Bantuan Covid-19 mendapat peruntukan sebanyak RM50 juta yang akan diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah
  • Bantuan ini menggunakan Kumpalan Wang Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan.

5. Bantuan Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara

  • Jumlah penerima bantuan Peneriman Jasa Pahlawan Negara ditambah kepada 80 ribu.
  • Melibatkan peruntukan berjumlah RM40 juta.

6. Tabung Bencana Pertanian

  • Dicadangkan dengan peruntukan sebanyak RM80 juta untuk Tabung Bencana Pertanian.
  • Tabung Bencana Pertanian ini memberi manfaat kepada pesawah, petani, nelayan, pengusaha akuakultur, penternak dan pekebun.

7. Elaun Sara Hidup Nelayan

  • Elaun Sara Hidup Nelayan juga turut diberikan kepada 3,400 nelayan darat yang berdaftar.
  • Malahan elaun juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

8. Bantuan Musim Tengkujuh

  • Bantuan Musim Tengkujuh ini melibatkan 300,000 pemilik kebun getah dan penoreh getah.
  • RM300 sebulan diberikan pada Disember 2020 dan Januari serta Februari 2021.
  • Pekebun yang berada di bawah RISDA dan LIGS layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh ini.

9. Potongan Cukai Khas

  • Pengurangan sewa premis PKS dilanjutkan selama 6 bulan sehingga Mac 2021 sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa asal.
  • Potongan cukai khas ini juga bertujuan untuk membantu PKS terjejas akibat lanjutan PKPB di beberapa negeri dan daerah.

10. Moratorium Kepada B40, Mikro, M40 dan T20

  • Moratorium diperluaskan kepada kelompok M40 dan T20 selain daripada B40 dan Mikro.
  • Diluluskan secara automatik bagi golongan B40 yang membuat permohonan dengan bank.

Selain itu, melalui belanjawan yang diluluskan ini juga dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan melalui Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang memperuntukkan sebanyak RM37 bilion untuk 500,000 peluang pekerjaan.

Belanjawan 2021: Penambahbaikan Bantuan Belanjawan 2021. Rujuk Senarai Ini

Dapatkan tarikh permohonan dan pengeluaran KWSP Akaun 1 maksimum RM10,000 serta cara permohonannya disini.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.