Program PenjanaKerjaya Ditambahbaik Dengan Pelbagai Manfaat Dan Peluang Pekerjaan. Semak Disini
Belanjawan kali ini banyak menitikberatkan mengenai peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia terutamanya buat mereka yang terjejas akibat dibuang kerja serta terjejas pendapatan akibat Covid-19 yang menyebabkan mereka hilang pekerjaan.
Maka pihak Kerjaan melalui Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memperkenalkan Strategi 3 iaitu insentif untuk menjana dan mengekalkan pekerjaan buat pekerja-pekerja di Malaysia dalam sektor swasta terutamanya.
PAKEJ PRIHATIN & PENJANAKERJAYA
Isi Kandungan
Seperti yang dimaklumkan, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.7 bilion untuk melaksanakan Program Penjana Kerjaya. Pada kali ini program PenjanaKerjaya lebih menyasarkan kepada 500,000 peluang pekerjaan baru serta melalui peningkatan kemahiran dan latihan semula buat para pekerja dan difokuskan kepada mereka yang hilang pekerjaan.
1. PENURUNAN KADAR PENGANGGURAN
Kerajaan bertekad untuk menurunkan kadar pengangguran dari 5.3% (Mei 2020) ke 4.7% (Ogos 2020).
2. PERUNTUKAN 4 INISIATIF
Peruntukan sebanyak RM2 bilion yang merupakan satu inisiatif bagi Program PenajaKerjaya. Dikatakan program ini bakal menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat sebanyak 250,000 untuk diisi.
3. INSENTIF 40% GAJI BULANAN
Untuk memberi galakan kepada para pekerja untuk terus kekal bekerja, kerajaan juga memperkenalkan satu bentuk insentif kepada pekerja yang mempunyai gaji seperti berikut:
- RM1,500 ke atas untuk dinaikkan kepada 40% daripada gaji bulanan mereka yang sedia ada.
- Terhad kepada nilai maksimum sebanyak RM4,000 sebulan.
4. INSENTIF UNTUK MAJIKAN
Majikan juga tidak terkecuali untuk menerima manfaat terutamanya yang mengambil pekerja seperti:
- Pekerja OKU
- Penganggur jangka panjang
- Ibu tunggal
- Pekerja yang diberhentikan
Jumlah insentif yang diberikan ialah:
- 40% + 20% gaji bulanan
5. INSENTIF TAMBAHAN PEKERJA TEMPATAN
Malahan, insentif tambahan juga akan diberikan kepada majikan bagi pengambilan pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan perladangan.
Jumlah insentif tambahan tersebut ialah:
- 40% + 20% gaji bulanan
BAGAIMANA DAFTAR SEBAGAI PENCARI KERJA?
Khas untuk pencari kerja pastikan anda membuat pendaftaran di Portal MyFutureJobs terlebih dahulu untuk mendapat manfaat sebagai pencari kerja.
Pendaftaran MyFutureJobs boleh dilakukan melalui pautan di bawah:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.