Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023 KPM Secara Online

2,729

Ibu bapa perlu sentiasa alert dengan tarikh pendaftaran persekolahan anak-anak yang sentiasa dikemaskini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan pastikan anda tidak terlepas peluang untuk membuat pendaftaran permohonan yang dibuka secara online.

Terkini, KPM telah membuat hebahan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 secara online bagi sesi 2022/2023 yang akan dibuka pada bulan Mac 2021.

Baca juga: Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan pendaftaran Murid Tahun 1 bagi Sesi 2022/2023 secara online? Rujuk perkongsian ini.

TARIKH BUKA & TARIKH TUTUP PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 ONLINE

Anda boleh membuat permohonan pendaftaran murid Tahun 1 secara online bermula:

  • 1 Mac 2021

Manakala tarikh tutup permohonan pendaftaran pula pada:

  • April 2021

2 KAEDAH PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 KPM

Terdapat 2 kaedah untuk membuat permohonan pendaftaran murid Tahun 1 iaitu:

Online

MANUAL

  • Buat permohonan pendaftaran di sekolah (Rujuk pihak sekolah terlebih dahulu)

SYARAT KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023

Terdapat 2 syarat kemasukan murid iaitu untuk Tahun 1 2021 dan Tahun 1 2022. Syaratnya adalah seperti berikutL

  • Murid Tahun 1 2022: Kanak-Kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016
  • Murid Tahun 1 2023: Kanak-Kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017

CARA BUAT PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SECARA ONLINE

Permohonan pendaftaran murid Tahun 1 Sesi 2022 dan 2023 secara online terbuka diseluruh negeri di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Untuk membuat permohonan pendaftaran murid Tahun 1 secara online seperti berikut:

Cara Mohon Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2033 KPM Secara Online

  • Daftar dahulu sekiranya belum pernah membuat pendaftaran dengan klik pada PENGGUNA BARU. Isikan maklumat dan klik DAFTAR.
  • Setelah siap daftar, LOG MASUK dengan memasukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN yang telah anda daftarkan tadi.
  • Seterusnya klik DAFTAR MASUK dan buat pendaftaran anak anda.
  • Cetak segala borang yang telah siap diisi bersama dokumen yang diperlukan ke skolah yang dipohon.
  • Rujuk https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf untuk lebih jelas.

Baca juga: ISinar: Tarikh Jangkaan Pembayaran Duit iSinar Bulan Februari. Semak Disini

DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 2022 / 2023

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran ialah:

  • Sijil lahir anak (salinan + asal)
  • Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  • Surat nikah / cerai (salinan+asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal anda
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
  • Semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat selanjutnya mengenai permohonan pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023 di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...