Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Pendaftaran OKU JKM Dalam Tempoh PKP Secara Online & Ini Cara-Caranya Yang Anda Perlu Tahu

2,573

Anda yang ingin membuat pendaftaran baharu Orang Kurang Upaya (OKU) bagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pastinya boleh mendaftar dengan lebih baik selepas ini.

Ini adalah kerana pendaftaran boleh dilakukan secara online sahaja melalui pautan yang dikongsikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semak cara membuat permohonan secara online seperti yang dikongsikan disini dan terus buat permohonan anda.

Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan

BANTUAN OKU JKM

Terdapat beberapa jenis bantuan yang disalurkan oleh JKM kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Antara bantuan yang disalurkan ialah:

BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

  • Kadar RM300 seorang sebulan
  • Bertujuan untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)

  • Kadar RM450 seorang
  • Bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)

  • Kadar RM500 sebulan seorang
  • Bertujuan meringankan bebanan keluarga/ penjaga dan menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

CARA MOHON PENDAFTARAN OKU JKM DALAM TEMPOH PKP

Untuk buat pendaftaran OKU dalam tempoh PKP adalah seperti berikut:

  • Mohon secara online dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran OKU (Pindaan 2019) melalui pautan: https://oku.jkm.gov.my/ atau di https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
  • Seterusnya cetak borang yang lengkap diisi dan dapatkan pengesahan Pakar Perubatan/ Pegawai Perubatan/Pengamal Perubatan.
  • Kemukakan 2 keping gambar yang jelas menunjukkan ketidakupayaan untuk disahkan oleh Pegawai JKM.
  • Hantar borang permohonan yang lengkap ke Pejabat Kebajukan Masyarakat Daerah yang berdekatan dan dimasukkan ke dalam DROP BOX yang disediakan atau melalui emel atau faks.

Cara Mohon Pendaftaran OKU JKM Dalam Tempoh PKP Secara Online & Ini Cara-Caranya Yang Anda Perlu Tahu

Juga semak cara membuat permohonan secara online dipautan berikut:

SENARAI BORANG PERMOHONAN

Dapatkan senarai borang permohonan disini:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran OKU JKM, dengan menghubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat di saluran berikut:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
  • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...