PENDAFTARAN PENJANA KPT-CAP: 20,000 RIBU PELUANG KERJA UNTUK GRADUAN DI BUKA
Isi Kandungan
Dah habis belajar tetapi masih lagi menganggur walaupun sudah membuat banyak permohonan kerja. Ditambah lagi dengan pandemik Covid-19 yang memasuki gelombang ketiga, makin sukar bagi para siswazah atau graduan ini mendapatkan pekerjaan dalam masa yang terdekat.
Bagi membantu para graduan mendapatkan pekerjaan dengan mudah, Kementerian Pengajian Tinggi menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan bertujuan memberi nilai tambah kepada mereka.
Uniknya disini, program PENJANA KPT-CAP ini akan memastikan para graduan mendapat pekerjaan selepas mereka menamatkan kursus yang ditetapkan dengan cemerlang.
3 PROGRAM UTAMA DALAM PENJANA KPT-CAP
Juga terdapat 3 program utama yang disediakan kepada para graduan dalam PENJANA KPT-CAP seperti berikut :
- Job Matching and Placement : Program yang dirancang untuk meningkatkan kemahiran peserta berdasarkan keperluan industri.
- Program Berterusan Keusahawanan : Program latihan yang berupaya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam bidang keusahawanan sehingga berupaya menubuhkan syarikat pemula. Graduan-graduan ini akan diberikan bantuan pembiayaan yang disediakan oleh agensi pembiaya yang diiktiraf.
- Program berciri GIG Economy : Program latihan ini mampu membantu peserta untuk menjana pendapatan melalui aktiviti berbentuk freelancing.
SYARAT PERMOHONAN PENJANA KPT-CAP
Sebelum anda membuat permohonan, semak dahulu syarat umum permohonan PENJANA KPT-CAP seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
- Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.
- Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil.
- Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
- Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA.
“Saya memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan PENJANA KPT-CAP?”
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENJANA KPT-CAP
Sekiranya anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan, sila buat permohonan seperti berikut :
- Masuk ke portal GReat : http://great.mohe.gov.my
- Kemudian klik MENU dan klik MOHON PENJANA KPT-CAP.
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
- Kemudian kemaskini maklumat nombor telefon, alamat dan emel anda.
- Slip pengesahan permohonan akan dipaparkan.
- Dalam tempoh 7 hari sebelum program bermula, anda akan menerima notifikasi pengesahan kehadiran program.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Inginkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan program PENJANA KPT-CAP? Sila hubungi :
- Urus setia PENJANA KPT-CAP
Aras 3, Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar,
Kementerian Pengajian Tinggi
Presint 5, 62200, PUTRAJAYA
- No. Telefon :
KPT : 03-8870 5088/4332/5445
JPT : 03-8870 6473/6464/6479
JPPKK : 03-8888 2667/3406/3511 - Emel : [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.