Tidak sempat untuk memperbaharui perakuan pendaftaran perniagaan atau lewat untuk mendaftarkan perniagaan baharu sehingga dikompaun?
Selepas ini anda boleh perbaharui pendaftaran perniagaan anda tanpa membayar kompaun kerana anda dikecualikan membayar kompaun sehingga hujung tahun iaitu 31 Disember 2021 ini.
Sebelum ini, SSM telah melanjutkan kompaun sehingga 30 Jun 2021, seterusnya dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 dengan tujuan membantu para peniaga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Baca juga: SSM: Pendaftaran Perniagaan Percuma Buat Ibu Tunggal & Belia B40
TEMPOH LANJUTAN PENGECUALIAN KOMPAUN
Isi Kandungan
Tempoh lanjutan pengecualian kompaun adalah:
- Sehingga 31 Disember 2021
INISIATIF LANJUTAN PENGECUALIAN KOMPAUN
Pelanjutan tarikh tamat inisiatif pengecualian kompaun atas urusan kelewatan pendaftaran adalah meliputi:
- Pembaharuan semula
- Pendaftaran perniagaan baharu
TUJUAN LANJUTAN PENGECUALIAN KOMPAUN
Tujuan lanjutan pengeualian kompaun adalah:
- Pengecualian di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 itu diperkenalkan bagi membantu komuniti perniagaan terkesan teruk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Membantu peniaga meneruskan perniagaan dan menggalakkan lebih ramai lagi bakal peniaga menceburi bidang perniagaan.
2 INISIATIF SSM
Antara 2 inisiaitf yang dilaksanakan SSM ialah:
- Kemudahan pendaftaran percuma kepada kumpulan B40 dan pelajar pengajian tinggi sepenuh masa yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
- Golongan orang kurang upaya berpeluang mendaftar dan perbaharui perniagaan dengan SSM secara percuma sebagai galakan menerokai bisnes.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai lanjutan pengecualian kompaun dan inisiatif berkaitan SSM, sila hubungi pusat panggilan SSM di:
- Telefon: 03-77214000
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.