Sudah tahu atau belum bahawa wang ASB boleh dibuat transaksi secara online dan tidak perlu ke kaunter lagi semata-mata untuk membuat pengeluaran bagi kegunaan anda. Malahan pengeluaran ASN anda boleh dibuat bila-bila masa secara online sahaja.
Anda boleh membuat pengeluaran melalui myASB dan pemgeluaran maksima yang dibenarkan adalah sebanyak RM500 sahaja. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan sudah pasti anda tidak perlu keluar dari rumah untuk membuat transaksi pengeluaran ini.
Mudah bukan? Jom ikuti 7 langkah mudah seperti yang dikongsikan ini untuk membuat pengelauran ASB online pada bila-bila masa sahaja.
CARA MEMBUAT PENGELUARAN ASB BILA-BILA MASA SECARA ONLINE
Isi Kandungan
Berikut adalah 7 langkah mudah untuk anda membuat pendaftaran dan pengeluaran ASB secara online.
LANGKAH 1
LOGIN / LOG MASUK KE AKAUN MYASNB
- Log masuk akaun myASB anda di pautan : www.myasnb.com.my

LANGKAH 2
KLIK PORTFOLIO. KEMUDIAN KLIK TRANSAKSI PADA UNIT AMANAH DIKEHENDAKI DAN PILIH JUALAN BALIK

LANGKAH 3
PASTIKAN MAKLUMAT BANK ANDA BETUL. KLIK SETERUSNYA

LANGKAH 4
BACA, TANDA KOTAK PENGISYTIHARAN DAN KLIK SETERUSNYA

LANGKAH 5
MASUKKAN AMAUN, TANDA KOTAK PENGISYTIHARAN DAN KLIK SETERUSNYA

LANGKAH 6
SEMAK BUTIRAN BANK ANDA. KLIK TERUSKAN

LANGKAH 7
KLIK PERMINTAAN TAC DAN ISI. KLIK SETERUSNYA

TRANSAKSI ANDA BERJAYA

PENDAFTARAN MYASNB
Sebelum menggunakan kemudahan ini, anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB di:
- Portal myASNB di www.myASNB.com.my.
Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon di mana-mana cawangan atau ejen ASNB dengan membawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut berkaitan myASNB, sila hubungi:
- Pusat Khidmat Pelanggan ASNB : 03 – 7730 8899