Sijil Digital Vaksinasi Anda Ada Masalah? Sediakan Maklumat Ini & Buat Pengemaskinian

Sudah lengkap vaksin 2 dos ke belum tu? Jika sudah, pastinya sijil digital vaksinasi anda telah dipaparkan di MySejahtera masing-masing.

Namun, ada sesetengah penerima lengkap 2 dos vaksin mendapati sijil digital vaksinasi mempunyai beberapa masalah seperti kesilapan pada maklumat penerima vaksin.

Nak selesaikan masalah berkaitan sijil digital vaksinasi MySejahtera anda? Lihat perkongsian ini dan buat pengemaskinian dengan segera.

CONTOH SIJIL DIGITAL VAKSINASI MYSEJAHTERA

Bagaimanakah rupanya sijil digital vaksinasi MySejahtera? Cuba lihat contoh dibawah:

Tetapi, bagi anda yang sudah melengkapkan 2 dos vaksin, diminta agar terus menyimpan kad vaksinasi yang ditulis tangan untuk rujukan yang akan datang sekiranya terdapat masalah pada sijil digital vaksinasi MySejahtera.

Baca juga: Terlupa Kata Laluan MySejahtera, Ini Cara Setkan Semula Password Anda

CARA BUAT PENGEMASKINIAN SIJIL DIGITAL VAKSINASI

Untuk membuat pengemaskinian Sijil Digital Vaksinasi, anda hanya perlu:

  • Hubungi talian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di talian 1800-888-828.
  • Berikan maklumat yang diperlukan untuk pengemaskinian.

MAKLUMAT PENGEMASKINIAN SIJIL DIGITAL VAKSINASI

Bagi penerima 2 dos vaksin yang lengkap, anda boleh membuat pengemaskinian dengan menyediakan maklumat yang diperlukan seperti berikut:

  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Nama PPV
  • Lokasi PPV
  • Tarikh divaksinasi
  • Dos vaksinasi (Dos 1 atau 2 atau kedua-dua sekali)
  • Jenis vaksin

Seterusnya buat pengemaskinian sijil digital vaksinasi MySejahtera anda.

Nota: Sila semak semula MySejahtera anda selepas 7 hari bekerja setelah pelaporan ke Talian PICK.

May be an image of text that says 'PENGEMASKINIAN SIJIL DIGITAL VAKSINASI Profile Bagi yang mempunyai sebarang isu berkenaan sijil digital vaksinasi MySejahtera, sila hubungi Talian Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu 1800-888-828 COVID-19 Vaccination Certificate Adawiyah Ashar Sila sediakan maklumat berikut: Kesihatan Kuala Nama Penuh No Kad Pengenalan/Pasport 3 Nama PPV 4 Lokasi PPV 5 Tarikh divaksinasi 6 Dos vaksinasi (Dos1 atau Jenis vaksin atau kedua sekali) semak semula MySejahtera anda selepas tujuh hari bekerja setelah pelaporan ke Talian PICK. vaksincovid.gov.my LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA. JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV)'

Baca juga: Individu Positif Covid-19, Perlu Kemaskini Status Kesihatan Anda Di MySejahtera Ya! Ini Caranya

TAK PERLU CETAK SIJIL DIGITAL VAKSINASI

Individu yang lengkap menerima vaksin Covid-19 hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi yang dipaparkan di aplikasi MySejahtera sekiranya ingin melakukan perjalanan rentas negeri dan daerah mahupun aktiviti sosial lain.

Selain sijil digital, orang ramai boleh menunjukkan kad vaksinasi yang diterima selepas suntikan dibuat.

Guna kad yang diberikan dan bukannya yang dicipta atau dijual. Setakat ini, hanya itu sahaja kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.