Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Penghantar Makanan & Bungkusan Wajib Download Aplikasi MySejahtera Sebelum Boleh Mula Delivery

1,229

Garis Panduan Perkhidmatan P-Hailing

Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan garis panduan untuk perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan (parcel) menggunakan motosikal atau p-hailing (parcel-hailing).

Garis panduan ini akan digunakan sepanjang tempoh perlaksanaan PKP dijalankan dan semua penunggang p-hailing wajib memuat turun aplikasi MySejahtera serta mendaftar sebelum memulakan perkhidmatan.

phailing

Garis Panduan P-Hailing

  • Mewajibkan penunggang memiliki lesen memandu penuh (CDL) yang sah.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
  • Bebas daripada senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar dan menggunakan laluan motosikal yang diwartakan sekiranya ada.
  • Kotak yang dibawa penunggang bagi mengisi barangan hendaklah mematuhi saiz yang telah ditetapkan JPJ.
  • Patuh arahan kesihatan seperti menjaga jarak sosial transaksi tanpa sentuhan atau contactless transaction
  • Penunggang p-hailing tidak boleh menggunakan lebuh raya antara negeri (inter-state) bagi jarak perjalanan melebihi 10 kilometer.

foodpanda

Waktu Operasi

Waktu operasi juga telah dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja, selain waktu operasi dan jenis barangan yang boleh dibawa juga tertakluk kepada zon yang telah ditetapkan oleh MKN dan peraturan semasa.

Surat Pengesahan

Semua penunggang p-hailing perlu sentiasa membawa  surat pengesahan daripada majikan atau surat pendaftaran dengan PBT sepanjang melakukan perkhidmatan.

Wajib Muat Turun Dan Daftar Aplikasi MySejahtera

Semua penunggang p-hailing diwajibkan memuat turun dan mendaftar di aplikasi mySejahtera dan perlu menunjukkan bukti pendaftaran kepada pihak penguat kuasa.

grabroadblock

Muat Turun Aplikasi

Bagi anda yang terlibat dengan perkhidmatan ini dan ingin memuat turun aplikasi ini, anda boleh muat turun di :

android

ios

Sumber :

  • MySejahtera
  • Astro Awani
  • BERNAMA
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...