Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jawatan Kosong Pengurus Besar Di Pusat Hemodialisis MAINJ. Gaji Sehingga RM15,000

794

Ada sesiapa pencari kerja berada di negeri Johor dan mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan sebagai Pengurus Besar di Pusat Hemodialisis MAINJ?

Jika ya, anda boleh membuat permohonan sebelum 15 November 2021 dan dapatkan cara memohon jawatan Pengurus Besar di Pusat Hemodialisis MAINJ seperti yang dikongsikan disini.

Sebelum mohon, jangan lupa untuk dapatkan syarat-syarat permohonan dan siapkan resume untuk dihantar kepada HR.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Jika anda benar-benar berminat untuk memohon jawatan Pengurus Besar di Pusat Hemodialisis MAINJ, buat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 15 November 2021

Untuk pengetahuan anda juga, jawatan Pengurus Besar ini adalah bertaraf Kontrak dan gaji yang akan diterima adalah sebanyak RM6,000 hingga RM15,000 sebulan.

Baca juga: Guna Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA) Untuk Check Bayaran Bantuan Zakat MAIK. Lebih Mudah & Efektif!

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan sebagai Pengurus Besar di Pusat Hemodialisis MAINJ ialah:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  • Berumur tidak kurang dari 30 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak mempunyai penyakit kronik.
  • Memiliki sekuang-kurangnya Ijzah Sarjana Muda dari institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan latarbelakang dalam bidang perniagaan, pemasaran dan kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setara dengannya.
  • Mempunyai sekurang-sekurangnya 10 tahun pengalaman profesional dalam bidang pengurusan dan pentadbiran syarikat dan kewangan.
  • Berpengalaman dalam bidang perubatan adalah satu kelebihan.
  • Komited, berintegriti, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan boleh berkomunikasi dengan baik pada pengurusan kakitangan dan pihak luar.
  • Berpandangan strategik dan mampu berfikir secara analitikal.
  • Mampu menilai struktur kewangan, operasi dan pemasaran syarikat untuk merancang peningkatan berterusan.

CARA MOHON

Berminat? Anda boleh membuat permohonan dengan menyediakan dokumen seperti berikut:

  • Resume yang lengkap
  • Sekeping gambar berukuran pasport
  • Salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan

Kemudian anda kemukakan permohonan bersama 3 dokumen diatas di alamat berikut:

MAINJ Urus Sdn Bhd
Tingkat 6, Bangunan Wakaf Johor
Batu 6, Jalan Skudai,
81200 Johor Bahru, Johor
(U/p: Pengurusan Sumber Manusia)

Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai permohonan mengisi jawatan sebagai Pengurus Besar di Pusat Hemodialisis MAINJ sila ajukan ke:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...