Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PENJANA HRDF : 40,000 Peluang Kerja Ditawarkan. Daftar Segera

9,630

PENJANA HRDF : 40,000 PELUANG KERJA DITAWARKAN. DAFTAR SEGERA

PENJANA HRDF merupakan satu Inisiatif Program Latihan untuk menjana peluang pekerjaan dan latihan bagi mereka yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Ia dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan dimana peluang pekerjaan akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dan sebanyak 40,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan untuk rakyat tempatan yang menganggur dan hilang pekerjaan

ORGANISASI YANG TERLIBAT DALAM PENJANA HRDF

Antara 10 organisasi yang terlibat dalam PENJANA HRDF ini ialah :

  • Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom);
  • Tenaga Nasional Bhd (TNB)
  • Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
  • Brickfields Asia College
  • Federation of Malaysian Manufacturer
  • 7Eleven
  • AEON
  • Grab
  • Kelly
  • Care Concierge

5 INISIATIF STRATEGIK YANG DISEDIAKAN

Peluang-peluang yang ditawarkan dalam program PENJANA HRDF ialah peluang pekerjaan dan latihan kemahiran melalui 5 inisiatif strategik seperti berikut :

  • Penempatan dan latihan
  • Peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran baharu
  • Pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Pembangunan B40
  • Gerak insan gemilang (GIG)

PENJANA HRDF : 40,000 Peluang Kerja Ditawarkan. Daftar Segera

KUMPULAN SASARAN PROGRAM PENJANA HRDF

Terdapat 5 kumpulan sasaran dalam Program PENJANA HRDF iaitu :

  • Graduan menganggur yang mempunyai diploma atau ijazah
  • Pekerja tempatan yang bersedia menceburi Revolusi Industri ke-4
  • Pemilik dan pekerja (PKS)
  • Rakyat Malaysia dari kumpulan B40
  • Golongan belia

PENDAFTARAN PROGRAM PENJANA HRDF

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti Program PENJANA HRDF ini, sila klik pautan dibawah untuk pendaftaran.

Seterusnya,

  • Klik pautan diatas, daftar dengan klik SIGN UP HERE.
  • Kemudian isikan maklumat diminta dan klik SUBMIT.
  • Kemudian LOGIN dan anda boleh lihat senarai pekerjaan yang ditawarkan.

INFO SELANJUTNYA

Dapatkan maklumat serta info selanjutnya di saluran berikut :

  • Call Centre : 1800 88 4800
  • Emel: [email protected]
  • Portal Rasmi : PENJANA HRDF
  • Facebook : HRDF Official
  • Instagram : @hrdf_official
  • Linked In : HRDF Malaysia
  • Twitter : @hrdf_official
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...