PENJANA HRDF : 40,000 PELUANG KERJA DITAWARKAN. DAFTAR SEGERA
Isi Kandungan
PENJANA HRDF merupakan satu Inisiatif Program Latihan untuk menjana peluang pekerjaan dan latihan bagi mereka yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.
Ia dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan dimana peluang pekerjaan akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dan sebanyak 40,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan untuk rakyat tempatan yang menganggur dan hilang pekerjaan
ORGANISASI YANG TERLIBAT DALAM PENJANA HRDF
Antara 10 organisasi yang terlibat dalam PENJANA HRDF ini ialah :
- Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom);
- Tenaga Nasional Bhd (TNB)
- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
- Brickfields Asia College
- Federation of Malaysian Manufacturer
- 7Eleven
- AEON
- Grab
- Kelly
- Care Concierge
5 INISIATIF STRATEGIK YANG DISEDIAKAN
Peluang-peluang yang ditawarkan dalam program PENJANA HRDF ialah peluang pekerjaan dan latihan kemahiran melalui 5 inisiatif strategik seperti berikut :
- Penempatan dan latihan
- Peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran baharu
- Pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
- Pembangunan B40
- Gerak insan gemilang (GIG)
KUMPULAN SASARAN PROGRAM PENJANA HRDF
Terdapat 5 kumpulan sasaran dalam Program PENJANA HRDF iaitu :
- Graduan menganggur yang mempunyai diploma atau ijazah
- Pekerja tempatan yang bersedia menceburi Revolusi Industri ke-4
- Pemilik dan pekerja (PKS)
- Rakyat Malaysia dari kumpulan B40
- Golongan belia
PENDAFTARAN PROGRAM PENJANA HRDF
Bagi anda yang berminat untuk mengikuti Program PENJANA HRDF ini, sila klik pautan dibawah untuk pendaftaran.
Seterusnya,
- Klik pautan diatas, daftar dengan klik SIGN UP HERE.
- Kemudian isikan maklumat diminta dan klik SUBMIT.
- Kemudian LOGIN dan anda boleh lihat senarai pekerjaan yang ditawarkan.
INFO SELANJUTNYA
Dapatkan maklumat serta info selanjutnya di saluran berikut :
- Call Centre : 1800 88 4800
- Emel: [email protected]
- Portal Rasmi : PENJANA HRDF
- Facebook : HRDF Official
- Instagram : @hrdf_official
- Linked In : HRDF Malaysia
- Twitter : @hrdf_official
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.