Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perubatan (PPP), KKM Gred U29. Semak Kelayakan Disini

Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP) telah menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi jawatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Gred U29.

Tujuan jawatan ini dibuka kepada orang ramai adalah untuk bersama-sama dengan KKM dan frontliner yang lain untuk menangani pandemik Covid-19 yang semakin menular sekarang ini.

Jadi, semak kelayakan permohonan dan mohon segera sebelum tarikh tutup permohonan.

INFO JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP) GRED U29

  • Gred jawatan: Gred U29
  • Gaji yang ditawarkan: RM1500 hingga RM1999
  • Perlantikan jawatan: Kontrak

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup untuk permohonan sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Gred U29 ialah:

  • 28 Februari 2021

DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP) GRED U29

Berikut adalah deskripsi tugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Gred U29:

Peranan Primer

1. Penjagaan Perubatan Primer

  • Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.
  • Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
  • Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.
  • Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.
  • Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.

2. Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan

  • Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
  • Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.

3. Pentadbiran

  • Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.
  • Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.

Peranan Khusus

  • Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.
  • Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.

TEMPOH BEKERJA

Tempoh untuk bekerja adalah:

  • 3 shif masa bekerja

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan untuk permohonan jawatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Gred U29 ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Diploma/Advanced Diploma/ Higher Graduate Diploma/DVM/DKM Level 4/DLKM Level 5
  • Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan.
  • Sihat dan cergas secara fizikal dan mental.
    – Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari.
    – Tidak Mengandung
    – Tiada Penyakit Kronik
  • Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan.
  • Pesara Penolong Pegawai Perubatan yg tidak mempunyai co-morbid digalakkan utk memohon.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

Calon yang tidak layak memohon ialah:

  • Pegawai yang sedang bertugas untuk lantikan kontrak 6 bulan.
  • Calon yang telah ditawarkan lantikan kontrak melalui panggilan telefon daripada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, KKM.

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, sila layari pautan berikut:

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perubatan (PPP), KKM Gred U29. Semak Kelayakan Disini

  • Klik APPLY dan isikan maklumat anda.
  • Klik HANTAR untuk permohonan anda.

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Perubatan (PPP), KKM Gred U29. Semak Kelayakan Disini

Rujuk: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

INFO JAWATAN TERKINI

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong seluruh Malaysia, anda boleh layari laman berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.