Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Lembaga Lebuhraya Malaysia

1,690

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mempelawa rakyat Malaysia yang belum mempunyai pekerjaan untuk menyertai mereka dengan mengisi kekosongan sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

Dapatkan syarat permohonan serta cara membuat permohonan seperti yang dikongsikan disini.

Selain itu, anda juga boleh memohon jawatan sebagai Penolong Pegawai Sains Gred 29 Personel MyStep secara online dengan pelbagai tawaran dan faedah buat anda sekiranya berjaya dalam permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada:

  • 8 Mac 2021

INFO RINGKAS JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 LLM

Sedikit info ringkas mengenai jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 LLM iaitu:

  • Penempatan: Lembaga Lebuhraya Malaysia
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran Dan Sokongan
  • Gaji: RM1,493.00 – RM5,672.00
  • Taraf Jawatan: Kontrak

DESKRIPSI TUGAS

Tugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 di LLM ialah:

  • Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

SYARAT LANTIKAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 LLM

Semak syarat lantikan jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
    setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00).
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
    dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
    daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
    diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
    pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
    kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan secara online di link Lembaga Lebuhraya Malaysia:

Cara Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Lembaga Lebuhraya Malaysia

  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Tandakan √ pada kotak akaun dan klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.

PERINGATAN KEPADA CALON

  • Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.
  • Sekiranya pemohon sedang memegang jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan, pemohon hendaklah membawa bersama surat pelepasan daripada Ketua Jabatan, penyata perkhidmatan dan laporan sulit apabila menghadiri temuduga.
  • Semua pemegang-pemegang biasiswa/dermasiswa dikehendaki mendapatkan surat akuan pelepasan perjanjian dari Penganjur biasiswa/dermasiswa mereka sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas permohonan yang tidak diterima atau tidak lengkap.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Anda boleh membuat semakan status permohonan seperti berikut:

Cara Mohon Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Lembaga Lebuhraya Malaysia

  • Status permohonan anda dipaparkan.

NOTA: 

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

IKLAN PENUH JAWATAN

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong pelbagai jawatan, anda boleh layari laman berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...