Permohonan

Nak Jadi Penyiasat? Mohon Jawatan Sebagai Penyiasat Di Yayasan Pendidikan MAIDAM

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

5 January 2022
2 min baca
Isi Kandungan

Macam-macam pekerjaan yang wujud di Malaysia ya!

Antara pekerjaan yang wujud di Malaysia termasuklah sebagai penyiasat dimana-mana jabatan atau syarikat.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi seorang penyiasat, anda boleh mohon untuk menjadi penyiasat di Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dapatkan syarat-syarat kelayakan dan cara membuat permohonan disini.

APA ITU PENYIASAT?

Penyiasat adalah pekerja Jawatankuasa Penyiasatan atau Pejabat Pendakwa. Orang-orang ini mempunyai ijazah undang-undang dan dipanggil untuk menyiasat jenayah jenayah, ekonomi dan politik.

Tetapi tugas dan skop penyiasat di Yayasan Pendidikan MAIDAM mungkin berbeza dengan penyiasat di jabatan-jabatan lain.

INFO JAWATAN PENYIASAT YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM

Dapatkan info ringkas mengenai jawatan Penyiasat Yayasan Pendidikan MAIDAM seperti berikut:

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji ditawarkan: RM1,300
  • Terbuka kepada: Lelaki sahaja
  • Tempat bertugas: Yayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10 Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Baca dahulu syarat-syarat kelayakan untuk memohon jawatan Penyiasat Yayasan Pendidikan MAIDAM yang ditetapkan seperti berikut:

  • Terbuka kepada lelaki sahaja.
  • Berumur 23 tahun sehingga 35 tahun.
  • Pendidikan SPM dan ke atas.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan diberi keutamaan.
  • Mempunyai lesen memandu B2 dan D.
  • Berkemahiran dalam komunikasi, proaktif, kemahiran penyelidikan, pemikiran kritis dan menganalisa maklumat.

CARA MOHON

Permohonan untuk jawatan Penyiasat Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah seperti berikut:

  • Emelkan resume yang terkini beserta cover letter anda
  • Emel bersama lesen memandu, siji SPM dan sijil-sijil yang berkaitan

Hantarkan dokumen-dokumen ini ke alamat emel berikut: [email protected]

Nota: Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga

Anda juga boleh membuat pencarian kerja-kerja terkini melalui MyFutureJobs dan buat pendaftaran seperti langkah-langkah berikut:

Nak Jadi Penyiasat? Mohon Jawatan Sebagai Penyiasat Di Yayasan Pendidikan MAIDAM

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN

Antara kelebihan dan keistimewaan yang bakal diperolehi oleh calon sekiranya diterima bekerja sebagai Penyiasat Yayasan Pendidikan MAIDAM ialah:

  • Caruman KWSP, SIP & PERKESO
  • Panel perubatan disediakan
  • Cuti Tahunan & Cuti Sakit

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai permohonan jawatan Penyiasat Yayasan Pendidikan MAIDAM, sila hubungi Yayasan Pendidikan MAIDAM di talian berikut:

  • 09-622 3500/09-622 5600 (8.00 pagi–5.00 petang)
Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.