Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Langkah-Langkah Permohonan Awal Perajurit Muda Lelaki Siri 195 2022 Secara Online

710

Belia-belia di seluruh Malaysia yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) boleh membuat permohonan awal Perajurit Muda Lelaki Siri 195 Tahun 2022 secara online.

Anda perlu membuat permohonan dengan segera mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Semak syarat kelayakan dan ikuti langkah-langkah membuat permohonan yang dikongsikan ini.

TARIKH PERMOHONAN AWAL PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 195 TAHUN 2022

Anda boleh membuat permohonan mulai:

  • 17 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022

SYARAT ASAS PERMOHONAN TENTERA DARAT

Syarat asas permohonan Tentera Darat Malaysia adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Januari 2022 (Pengambilan Siri 195 2022)
  • Penglihatan : Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap, tidak rabun warna
  • Pendengaran: Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Fizikal: Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi
  • Taraf Kesihatan: Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan
  • Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah

SYARAT FIZIKAL

Tinggi

  • Ukuran tinggi minima: 1.62m

Berat

  • Berat badan minima: 47.5kg

Indeks Jisim Badan (BMI)

  • Di antara 18 hingga 26.9

KELAYAKAN AKADEMIK

  • SPM: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SVM: Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SKM TAHAP 2: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  • SKM TAHAP 3: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN: Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik
  5. Sejarah

Kelayakan tambahan pula adalah seperti berikut:

  • Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  • Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
  • Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online di pautan berikut:

  • Isi Permohonan: https://mims.mod.gov.my
  • Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my
  • Isikan maklumat dengan dengan betul tanpa sebarang kesilapan iaitu:a) Nama Penuh
    b) Nombor Kad Pengenalan
    c) Jantina
    d) Nmbor Telefon (Boleh dihubungi)
    e) Email (Aktif)
    f) Kata Laluan (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
    g) Tekan (Click) Daftar
    h) Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan
  • Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
  • Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan HURUF BESAR.
  • Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
  • Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.
Nota: Pautan Permohonan akan mula dibuka mulai 17 Januari sehingga 31 Januari 2022
Semak panduan permohonan disini.

PERINGATAN

Sila sediakan dokumen yang diperlukan.
Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran
Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat
Langkah-Langkah Permohonan Awal Perajurit Muda Lelaki Siri 195 2022 Secara Online

UJIAN PEMILIHAN AKHIR

Untuk pengetahuan, hanya calon yang layak akan disenarai pendek untuk menghadiri Ujian Pemilihan akhir seperti berikut:

1. Pemeriksaan Kesihatan.

2. Ujian Kecergasan

a) Larian 2.4 KM-14 minit
b) Tekan Tubi-40 kali
c) Bangkit Tubi-45 kali

3. Ujian Bertulis

a) Ujian Kecerdasan (IQ)
b) Ujian Psikologi
c) Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)

ELAUN & KEMUDAHAN

Elaun dan kemudahan yang bakal diterima oleh Perajurit Muda ialah:

Elaun

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan

Kemudahan

  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan awal Perajurit Muda Lelaki Siri 195 Tahun 2022, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...