Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5,000 Tawaran Peluang Pekerjaan Melalui Perak E-Career Carnival (PECC)

955

Pencari kerja di negeri Perak yang masih lagi belum mempunyai sebarang pekerjaan boleh memohon kerja melalui Perak E-Career Carnival (PECC).

Malahan, terdapat lebih daripada 5,000 peluang pekerjaan sedang menanti anda.

Tunggu apa lagi! Teruskan membuat pendaftaran agar tidak terlepas peluang untuk ikuti Perak E-Career Carnival (PECC).

APA ITU PERAK E-CAREER CARNIVAL (PECC)?

Program karnival kerjaya ini merupakan inisiatif di bawah kerajaan negeri Perak yang dianjurkan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

Perak E-Career Carnival juga merupakan satu karnival kerjaya terbesar yang diadakan sepenuhnya secara atas talian dengan menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan dan menyediakan persidangan yang menarik berkaitan isu semasa pembangunan industri di negeri Perak.

TARIKH PERAK E-CAREER CARNIVAL (PECC)?

Perak E-Career Carnival akan diadakan selama 2 hari iaitu pada tarikh berikut:

  • 27 hingga 28 November 2021

PROGRAM DIADAKAN

Terdapat 4 jenis program yang diadakan semasa Perak E-Career Carnival iaitu:

  1. Karnival Kerjaya Maya
  2. Klinik Kerjaya
  3. Forum Kerjaya
  4. Pertandingan Video Simulasi

CARA DAFTAR

Tak nak terlepas peluang ikuti Perak E-Career Carnival? Daftar dahulu di pautan berikut:

5,000 Tawaran Peluang Pekerjaan Melalui Perak E-Career Carnival (PECC)

Atau anda boleh membuat imbasan Kod QR di bawah sahaja untuk pendaftaran.

5,000 Tawaran Peluang Pekerjaan Melalui Perak E-Career Carnival (PECC)

Anda juga boleh membuat pendaftaran pekerjaan di pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut mengenai program Perak E-Career Carnival, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...