Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perbezaan Pendapatan Golongan B40, M40 Dan T20 Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

7,274

Ramai lagi antara kita yang tidak tahu apakah perbezaan pendapatan golongan B40, M40 dan T20 sebenarnya. Mungkin ketika ingin mengisi borang permohonan atau semakan permohonan bantuan baru ada yang ingin tahu apakah perbezaan pendapatan golongan B40, M40 dan T20. Jika tidak, mesti tidak ambil tahu dan buat-buat tidak tahu.

Golongan yang kerap menerima bantuan dari kerajaan juga adalah golongan B40 berbanding golongan yang lain.

Jadi, mari kita ambil tahu serba sedikit mengenai perbezaan pendapatan golongan B40, M40 dan T20 sehinggakan jumlah bantuan yang diberikan juga jauh berbeza.

PENGKELASAN PENDAPATAN GOLONGAN B40, M40 & T20

Golongan B40, M40 dan T20 dibahagikan mengikut pendapatan isi rumah rumah bulanan seperti berikut:

  • Pendapatan isi rumah paling rendah : 40% : B40
  • Pendapatan isi rumah pertengahan : 40% : M40
  • Pendapatan isi rumah tertinggi : 20% : T20

Ini adalah hasil daripada kaji selidik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kajian PPIR & KA dikendalikan 2 kali setiap lima tahun. Selama ini, tahap untuk setiap peringkat pendapatan kumpulan telah meningkat dan ini merupakan salah satu petunjuk pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

PENDAPATAN MEDIAN TERBARU GOLONGAN B40, M40 & T20

Pendapatan median isi rumah untuk T20, M40, dan B40 pada tahun 2019 dan 2016

Perbezaan Pendapatan Golongan B40, M40 Dan T20 Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Had pendapatan isi rumah untuk T20, M40, dan B40 pada tahun 2019 dan 2016

Perbezaan Pendapatan Golongan B40, M4 0 Dan T20 Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Pengkelasan baru isi rumah Jabatan Perangkaan Negara 

Perbezaan Pendapatan Golongan B40, M40 Dan T20 Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

PENDAPATAN GOLONGAN B40, M40 & T20 MENGIKUT NEGERI

Anda juga boleh rujuk pecahan pendapatan bagi golongan B40, M40 dan T20 mengikut negeri seperti dibawah.

Perbezaan Pendapatan Golongan B40, M4 0 Dan T20 Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Daerah tertinggi berpendapatan penengah dan purata ialah:

  • Petaling
  • Sepang
  • Gombak
NEGERI MEDIAN PENDAPATAN 2019

(RM)

MEDIAN PENDAPATAN 2016

(RM)

W.P. Kuala Lumpur 10,549 9,073
W.P. Putrajaya 9,983 8,275
Selangor 8,210 7,225
W.P. Labuan 6,726 5,928
Johor 6,427 5,652
Melaka 6,054 5,588
Pulau Pinang 6,169 5,409
Terengganu 5,545 4,694
Negeri Sembilan 5,055 4,579
Perlis 4,594 4,204
Sarawak 4,544 4,163
Sabah 4,235 4,110
Perak 4,273 4,006
Pahang 4,440 3,979
Kedah 5,522 3,811
Kelantan 3,563 3,079

Berdasarkan data diatas, perbezaan antara setiap negeri sangat ketara terutamanya bagi pendapatan T20 di negeri berikut:

  • Kelantan
  • Perlis
  • Pahang

Ia sangat ketara jika dibandingkan dengan gaji golongan M20 yang berada di Kuala Lumpur.

Selain dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, tahap median pendapatan di negeri yang lain menunujukkan median pendapatan isi rumah ini tidak melebihi tahap pendapatan median untuk kumpulan M40 di Malaysia. Ini bermakna masih terdapat jurang perbezaan yang perlu ditutupi bagi mempertingkatkan pendapat di kawasan bandar dan luar bandar juga.

Namun begitu, didapati kedua-dua buah negeri iaitu Terengganu dan Perak mencatatkan tahap pendapatan median yang memuaskan sejak tahun 2014, kemungkinan besar ini disebabkan oleh peningkatan dalam sektor pelancongan.

Perbezaan Pendapatan Golongan B40, M40 Dan T20 Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Bagaimana pula dengan kedudukan posisi kewangan anda sekarang? Adakah ianya semakin bertambah baik atau tidak? Jadi, rancang kewangan anda dengan baik untuk masa yang akan datang.

Adakah anda memerlukan moratorium akibat terkesan dengan Covid-19? Rujuk cara untuk mohon moratorium secara automatik disini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...