Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Kemaskini] Pergerakan Harian Ke Sekolah/Institusi Pendidikan & Kemasukan Pelajar Ke Asrama Melibatkan Rentas Negeri

1,477

Pandemik Covid-19 dari semasa ke semasa semakin terkawal dan menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Pengajian Tinggi telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah mengikut fasa PPN mengikut negeri.

Oleh hal yang demikian, untuk memastikan keselamatan semua pelajar terjamin, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan pergerakan harian ke Sekolah/Institusi Pendidikan dan Asrama.

Dapatkan senarai SOP mengenai pergerakan harian ke Sekolah/Institusi Pendidikan dan Asrama disini ya!

TARIKH INSTITUSI PENDIDIKAN DIBUKA MENGIKUT FASA PPN

Terkini, Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh-tarikh pembukaan Institusi Pendidikan mengikut fasa PPN adalah seperti berikut:

  • Institusi pendidikan bawah KPM di Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal dibuka pada: 4 Oktober 2021
  • Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM di Kedah kekal pada: 10 Oktober 2021, ketetapan pengoperasian Fasa 2 PPN hanya akan bermula 17 Oktober 2021
  • Institusi pendidikan Selangor, Melaka, KL dan Putrajaya dibuka pada: 18 Oktober 2021 mengikut ketetapan Fasa 3 PPN

SOP TERKINI PERGERAKAN HARIAN KE SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN & KEMASUKAN PELAJAR KE ASRAMA

Seperti sedia maklum, SOP yang dikemaskini ini adalah melibatkan pergerakan rentas negeri seperti berikut:

MERENTAS NEGERI

  • Murid/Pelajar (Sekolah Harian) yang terlibat dibenarkan merentasi negeri setiap hari untuk ke Sekolah/Institusi Pendidikan dengan menggunakan surat pengesahan daripada Kementerian Pendiidkan Malaysia (KPM) atau Sekolah/Institusi Pendidikan.
  • Pergerakan pergi dan balik ke Sekolah/Institusi Pendiikan bagi murid/pelajar yang terlibat boleh ditemani seorang penjaga.
  • Pergerakan guru atau tenaga pengajar ke sekolah/Intitusi Pendidikan untuk merentas negeri bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dibenarkan dengan surat pengesahan daripada KPM atau Sekolah/intitusi Pendidikan.

KAWALAN PERGERAKAN MURID/PELAJAR KEMBALI KE ASRAMA

Bagi pergerakan pelajar ke asrama, berikut adalah SOP yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)  yang perlu dipatuhi oleh ibu/bapa/penjaga dan pelajar:

  • Pergerakan bagi kemasukan murid/pelajar ke asrama adalah dibenarkan dengan menggunakan surat pengesahan daripada KPM atau Sekolah/Institusi Pendidikan untuk tujuan merentas negeri.
  • Jumlah di dalam kenderaan bagu tujuan pergerakan ini adalah berdasarkan kepada kapasiti kenderaan.

DOKUMEN PERLU DISEDIAKAN

Untuk melancarkan urusan pergerakan merentas negeri dengan tujuan ke Sekolah/Institusi Pendidikan dan ke Asrama, PDRM menasihatkan pelajar/ibu/bapa/penjaga dan Guru untuk menyediakan dokumen berikut untuk dikemukakan kepada petugas sekatan jalan raya:

  • Surat Pengesahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia atau;
  • Surat Pengesahan daripada Sekolah/Institusi Pendidikan

KENYATAAN MEDIA

[Kemaskini] Pergerakan Harian Ke Sekolah/Institusi Pendidikan & Kemasukan Pelajar Ke Asrama Melibatkan Rentas Negeri

Baca juga: Pelajar IPT Lengkap Vaksin Boleh Masuk Kampus, Yang Tidak Lengkap Vaksin Pula Bagaimana?

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...