PERKESO: Program Return To Work Bagi Pekerja Hilang Upaya

Apa yang akan berlaku sekiranya anda mendapat kemalangan di tempat kerja dan seterusnya mengalami kecederaan serta hilang upaya untuk bekerja seperti biasa? Sedangkan anda ingin terus bekerja untuk meningkatkan kualiti hidup seterusnya mempunyai pendapatan bagi menyara keluarga.

PERKESO telah menyediakan program yang dinamakan Return-to-Work untuk memulihkan orang yang kehilangan upaya atau pekerja yang mengalami kecederaan atau penyakit terbit akibat pekerjaan seterusnya kekal mempunyai pekerjaan.

Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan maklumat mengenai Program Return-to-Work disini.

JENIS RAWATAN YANG DISEDIAKAN DALAM PROGRAM RETURN-TO-WORK

Terdapat 5 jenis rawatan yang disediakan dalam Program Return-to-Work seperti:

  • Terapi untuk masalah pernafasan, pergerakan, kardiologi, neurologi dan sensori
  • Terapi pertuturan
  • Terapi kebakaran
  • Pengurusan kesakitan
  • Kaunseling Psikologi

Pengurus kes akan merujuk kepada Unit Terapi Pekerjaan sekiranya pesakit memerlukan terapi pekerjaan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas biasa di tempat kerja. Pengurus kes boleh mengesyorkan pesakit untuk mendapatkan bantuan alat prostetik dan latihan vokasional.

BANTUAN PENGURUS KES

Bantuan yang akan diberikan oleh Pengurus Kes kepada pesakit ialah:

  • Mendapatkan terapi pekerjaan
  • Mengesyorkan alat-alat prostetik atau bantuan mobiliti
  • Latihan vokasional
  • Penempatan pekerjaan
  • Sokongan tempat kerja khas

Setelah menerima pemulihan fizikal dan mental yang berasaskan konsep biopsikososial dari pakar perubatan, mereka akan menerima bantuan sokongan daripada pengurus kes untuk kembali ke alam pekerjaan.

Perkhidmatan rehabilitasi boleh didapati di Pusat Rehabilitasi PERKESO di Melaka atau 146 pusat pemulihan di seluruh negara.

PERKESO: Program Return To Work Bagi Golongan OKU

KURSUS KEHILANGAN KEUPAYAAN

Terdapat 2 jenis Kursus Kehilangan Keupayaan yang disediakan kepada pesakit iaitu:

  • Certified Disability Management Professional (CDMP)
  • Certified Return to Work Coordinator (CRTWC)

1. Certified Disability Management Professional (CDMP)

Pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini direka oleh National Institute of Disability Management and Research Canada (NIDMAR) yang diperkenalkan oleh PERKESO ke Malaysia pada tahun 2010. Kursus ini adalah sebagai panduan dalam program latihan pengurusan kehilangan upaya di seluruh dunia. Malaysia adalah negara yang pertama mengadaptasi pensijilan CDMP di rantau ASEAN.

Individu yang memperoleh pensijilan CDMP akan diiktiraf sebagai Pengurus Hilang Upaya profesional dengan kemahiran dan pengetahuan untuk membentuk dasar pengurusan kehilangan upaya yang komprehensif. Dasar ini termasuk pembangunan program, prosedur operasi, pengurusan kes, dan penilaian hasil.

Untuk meningkatkan penyertaan dari semua individu pelbagai latar belakang, pensijilan ini terbuka kepada semua dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sila layari laman web di sini untuk maklumat lanjut.

PERKESO: Program Return To Work Bagi Golongan OKU

2. Certified Return to Work Coordinator (CRTWC) 

Pensijilan ini adalah sama dengan CDMP, hanya berbeza kerana ia memberi tumpuan lebih kepada aspek operasi pengurusan kes. Peserta akan menerima arahan dalam bekerja dengan profesional lain, pengurusan kes dan sebagainya. Memperolehi pensijilan CRTWC memberi manfaat kepada majikan kerana ia meningkatkan moral dan produktiviti pekerja disamping mengurangkan kos majikan.

Malaysia mengadaptasi pensijilan CRTWC pada tahun 2010. Ia terbuka kepada semua dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sila layari laman web di sini untuk maklumat lanjut.

Ingin membuat tuntutan akibat kehilangan pekerjaan melalui SIP / EIS? Klik sini dan dapatkan syarat dan cara membuat tuntutan Faedah Insuran Pekerjaan sehingga 80% daripada gaji anda.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.