Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarawih Boleh Dilaksanakan Jika Rakyat Patuh PKP Kata Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

1,263

Tarawih Di Rumah Atau Di Masjid

Bagi bulan Ramadhan kali ini sama ada kita berpeluang bertarawih di masjid atau di rumah terletak pada kepatuhan rakyat pada PKP. Sekiranya peratusan kepatuhan rakyat pada PKP tidak menunjukkan peningkatan, ia bermakna kita semua akan bertarawih di rumah masing-masing bersama keluarga.

“Sudah pasti keputusan bakal diumumkan itu seiring dengan kehendak kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19 dengan sebaik mungkin selain turut bergantung kepada suara Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.

“Alhamdulillah di negara kita nampak berlaku penurunan tetapi peringkat global masih belum berkurangan yang masih memerlukan kerjasama daripada semua pihak (untuk patuh arahan kerajaan),”

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri)

ZulkifliMohamadAl-Bakri

Maksud Solat Tarawih

Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam)yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.

Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

Tatacara Solat Tarawih Di Rumah

tarawih11

tarawih22

tarawih33

tarawih44

tarawih55

Mudahkan untuk menunaikan solat Tarawih walaupun hanya di rumah?

Walaupun panduan yang diberikan adalah untuk kaum wanita, namun ianya juga boleh diguna pakai oleh kaum lelaki sekiranya anda perlu menunaikan solat Tarawih kali ini di rumah sahaja.

tarawih66

Sumber :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...