Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perlukan Seseorang Menjadi Rujukan Di Dalam Resume Anda? Ini Caranya

2,511

Jika anda perhatikan dibahagian bawah sekali resume terdapat satu bahagian yang penting iaitu rujukan.

Untuk meletakkan sesorang sebagai sumber rujukan ianya tidak boleh dipandang remeh dengan meletakkan sesiapa sahaja yang anda suka. Bahagian ini penting kerana rujukan ini akan menjadi jaminan untuk anda sekiranya mereka dihubungi bakal majikan anda.

Langkah Mendapatkan Rujukan

  • Pilih rujukan anda dengan bijak
  • Tanyakan rujukan anda terlebih dahulu
  • Biarkan rujukan anda tahu di mana dan apa yang anda mohon
  • Berterima kasih
  • Tindakan susulan

1. Pilih rujukan anda dengan bijak

Pertimbangkan siapa yang akan menjadi sumber rujukan anda. Sebaiknya anda pilih orang yang sangat mengenali anda secara peribadi sama ada di tempat kerja atau tempat belajar anda. Penting juga untuk anda mendapatkan rujukan dengan orang yang mengetahui kemahiran anda dengan betul. Berikut adalah beberapa senarai yang boleh menjadi rujukan anda :

  • Bekas majikan
  • Rakan sekerja
  • Cikgu / Pensyarah
  • Mentor
  • Penyelia
  • Jurulatih

Sebaiknya anda meminta rujukan dari seseorang yang masih baru bekerjasama atau berkomunikasi dengan anda. Ini akan meningkatkan peluang mereka mengingati anda di antara rakan sekerja yang lain.

lecturer

2. Tanyakan rujukan anda terlebih dahulu

Tanyakan rujukan anda terlebih dahulu sama ada mereka mempunyai masa yang cukup untuk mempersiapkan diri jika dihubungi bakal majikan baru. Hormati masa mereka. Hubungi rujukan melalui telefon atau emel secara peribadi. Penting juga untuk memastikan rujukan anda selesa untuk memberikan rujukan. Tanyakan kepada mereka soalan seperti :

  • Adakah anda mengenali saya dan etika kerja saya dengan cukup baik untuk menjadi rujukan saya?
  • Adakah anda merasa selesa untuk memberikan saya rujukan yang baik?

Sekiranya anda berpendapat bahawa mereka tidak dapat memberikan rujukan yang baik kepada anda, hormati keputusan mereka dan cari orang lain yang bersedia untuk menajdi rujukan anda. Sebaiknya cari seseorang yang dapat berkongsi secara profesional, positif dan yakin. Pastikan semua maklumat terutama nombor telefon mereka dikemaskini dan betul agar tidak berlaku masalah ketika bakal majikan menghubungi mereka.

3. Biarkan rujukan anda tahu di mana dan apa yang anda mohon

Pastikan mereka mengetahui jawatan dan nama syarikat yang anda pohon. Sekurangnya mereka tahu beberapa gambaran dan mengaitkan dengan kemahiran anda untuk dinyatakan kepada bakal majikan baru anda. Jadi, ia menjadikan pihak majikan yakin dengan kemahiran anda kerana rujukan telah memberikan pernyataan yang betul dan tepat maklumat yang diperlukan oleh mereka.

asking by phone

4. Berterima kasih

Ucapkan terima kasih kepada rujukan anda kerana mereka telah meluangkan masa mereka untuk membantu anda. Hargai mereka dengan memberikan kata-kata positif melalui kad, surat, emel dan whatsapp secara peribadi. Sekiranya mereka menghantar surat rujukan, anda boleh menghantar surat terima kasih kepada mereka sebagai balasan.

5. Tindakan susulan

Setelah anda mendapat maklum balas daripada bakal majikan, lakukan tindakan susulan seperti terus menghubungi mereka dan memberitahu keputusan anda. Ucapkan terima kasih sekali lagi atas kesudian mereka memberikan rujukan yang positif tentang anda. Kongsi kejayaan anda dengan mereka. Sekiranya tidak berjaya sekalipun, tetap ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi membantu anda. Penting juga untuk terus berhubungan dengan mereka dan dengan bekas majikan sekiranya anda memerlukan rujukan pada masa akan datang.

shake hand

Sekiranya anda berbuat baik dengan orang lain, pasti akan ada orang lain pula yang akan membantu anda. Jaga hubungan baik dengan semua orang termasuk rakan sekerja dan majikan yang terdahulu untuk masa depan anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...