Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500

Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM sangat memberi manfaat kepada seluruh warga Malaysia.

Namun ia agak menjadi kontroversi kerana Menteri Kewangan tidak mengumumkan bantuan kepada mereka dari golongan bujang. Malah ada yang menganggap orang bujang di anak tirikan  dalam pembentangan Bajet 2022 kali ini.

Sebenarnya golongan bujang tidak di anak tirikan oleh Kerajaan dan bakal menerima bantuan mengikut kategori yang teah ditetapkan. Bagi yang ingin membuat permohonan BKM, anda boleh semak tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon disini.

Rujuk: [BKM 2022] Bantuan Orang Bujang Bermula RM350 Hingga RM600. Siapa Kata Tak Ada!

APA ITU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah:

  • Bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500

TARIKH MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

Rakyat Malaysia boleh membuat permohonan atau pengemaskinian maklumat pada tarikh berikut:

  • 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 iaitu selama 1 bulan sahaja.
Nota: Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Apa pula syarat kelayakan untuk mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)? Semak sini ya syarat kelayakan yang ditetapkan.

1. Isi Rumah

  • Kahwin.
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 21-59 tahun.
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH PEMBAYARAN ASAS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Penerima BKM yang layak akan mendapat bayaran seperti berikut:

Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon

KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Mereka yang layak menerima kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Anda juga boleh rujuk jadual berikut untuk dapatkan kadar tambahan BKM dengan lebih lanjut:

Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon

Ingat, isi rumah ini hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KELUARGA (BKM)?

Tarikh pembayaran BKM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Baca juga: Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Dapat Bonus RM700

CARA MOHON

Permohonan secara online di pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Keluarga Malaysia, sila ajukan dan dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.