Permohonan Bantuan Kewangan Bagi Kluster B40 & M40 ~ Terima Bantuan RM300 Sebulan atau RM1,800 Semester
Bantuan kewangan BKPKK diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil dan diploma jangka panjang iaitu yang melibatkan tempoh pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil) dan maksimum 3 semester (peringkat diploma).
Bantuan kewangan ini diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isi rumah.
Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Matlamat:
Membantu pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa professional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menceburi bidang ekonomi dengan lebih berkesan.
Kadar Bantuan:
Di bawah merupakan kadar bantuan kewangan yang akan diterima pelajar yang layak.
Syarat Kelayakan:
Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan Bantuan Kewangan Bagi Kluster B40 & M40. Pastikan anda rujuk syarat permohonan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan Bantuan kewangan BKPKK anda.
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- Diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil sepenuh masa; iaitu tempoh pengajian selama 16 hingga 24 bulan;
- Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani dua Salinan perjanjian;
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program;
- Hanya pelajar semester 1 dan 2 sahaja yang layak memohon bantuan; dan
- Bagi permohonan kali pertama pelajar Semester 2, syarat pendapatan keluarga dan pencapaian CGPA semester 1 adalah diambil kira
Bagaimana Mohon Bantuan Kewangan Bagi Kluster B40 & M40
Bantuan kewangan ini diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isi rumah.
Untuk memohon, pelajar perlulah memenuhi syarat yang ditetapkan di atas terlebih dahulu.
Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
163000 Cyberjaya, Selangor.
No. Tel : 03-8321 7080/ 03-8321 7085
Laman Web KPM