Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Diploma Kejururawatan PPUM 2020: Pusat Perubatan Universiti Malaya

0 1,926

Berita baik buat lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat menjadi seorang jururawat atau ingin berkhidmat dalam bidang perubatan.

Berdasarkan hebahan terkini, Universiti Malaya (UM) akan membuka pengambilan pelajar-pelajar bagi Diploma PPUM 2020 (Pusat Perubatan Universiti Malaya).

Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah:

  • Diploma Kejururawatan
  • Diploma Radiografi
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Tempoh pengajian bagi setiap bidang pengajian di atas adalah selama 3 tahun secara mod sepenuh masa.

Sekiranya berminat untuk menyambung pengajian di mana-mana universiti awam yang lain, anda perlu memohon melalui sistem UPU Online.

IKLAN PERMOHONAN DIPLOMA KEJURURAWATAN UM

TARIKH PENTING PERMOHONAN DIPLOMA KEJURURAWATAN PPUM

Bagi permohonan Diploma Kejururawatan 2020, tarikh tepat permohonan masih belum diumumkan. Namun, berdasarkan ambilan lepas, permohonan akan di buka pada bulan Mac setiap tahun.

Berikut tarikh-tarikh penting yang perlu anda tahu sebelum membuat permohonan Diploma Kejururawatan PPUM.

PERMOHONAN DI BUKA
Tarikh Permohonan Akan Dikemaskini
PERMOHONAN DI TUTUP
Tarikh Permohonan Akan Dikemaskini
  • Tempat pengajian: Pusat Perubatan UM dan di Fakulti Perubatan UM.

SYARAT PERMOHONAN DIPLOMA PPUM 2020

Berikut dikongsikan syarat kelayakan akademik bagi permohonan kemasukan ke Diploma PPUM 2020.

  • Mestilah mempunyai kelulusan SPM
  • Mendapat kepujian dalam BM, BI dan Matematik serta Lulus subjek Sejarah
  • Bagi calon Diploma Kejururawatan anda mestilah mendapat kepujian dalam dua subjek dan salah satunya mestilah Sains Teras / Sains Tulen.
  • Bagi calon Diploma Radiografi pula, anda mestilah memperoleh kepujian dalam dua subjek Sains Tulen (keutamaan kepada subjek Fizik & Biologi).
  • Bagi calon Diploma Teknologi Makmal Perubatan anda mesti mendapat kepujian dalam dua subjek Sains Tulen terutama Kimia & Biologi.

Kesemua calon mestilah sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami sebarang kecacatan yang menyukarkan proses pembelajaran.

PERMOHONAN KE PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

Permohonan ke PPUM hanya boleh dibuat secara online melalui portal http://spp.ummc.edu.my/ atau http://www.ummc.edu.my

Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional). No.Pin boleh dibeli mulai 25 Mac 2019.

Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.

ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temuduga (Program 1 sahaja) melalui laman web PPUM mulai 29 April 2019 hingga 03 Mei 2019

Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Talian : 03-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 / 03-2028 7015 / 03-2028 7010
E-mel : [email protected]

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...