Permohonan Guru Tabika Kemas 2021 Dibuka. Semak Syarat & Cara Permohonan
Berminat untuk menjadi Guru Tadika KEMAS? Jika anda seorang yang gemar bermain dengan kanak-kanak dan sangat berminat untuk menjadi Guru Tabika KEMAS, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, KEMAS telah membuka permohonan kepada individu yang berkelayakan untuk menyertai mereka.
Anda boleh rujuk perkongsian ini untuk dapatkan syarat kelayakan permohonan serta cara membuat permohonan yang telah ditetapkan.
Untuk pengetahuan anda juga, anda perlu mempunyai menepati syarat permohonan Guru Tabika KEMAS kerana ia menjadi syarat utama dalam proses penapisan permohonan.
SYARAT PERMOHONAN GURU TABIKA KEMAS
Isi Kandungan
Sebelum anda membuat permohonan Guru Tabika KEMAS, sila semak syarat kelayakan seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Pemohon memiliki sekurang-kurangnya sijil Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dari mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf kerajaan dan mempunyai MQA. Pemohon yang memiliki sijil ini akan diberi keutamaan.
- Pemohon memiliki sekurang-kurangnya sijil Diploma dari mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan dan mempunyai MQA.
- Pemohon memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan.
- Pemohon sekurang-kurangnya memperoleh kepujian (sekurng-kurangnya Gred C) Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan yang telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma seta transkrip dengan nilai CGPA 2,70 ke atas.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN GURU TABIKA KEMAS
- Mohon secara online di pautan berikut: https://kis.kemas.gov.my/ bermula 14 Disember 2020.
- Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan dan dibenarkan mengisi satu jurusan sahaja sama ada TABIKA atau TASKA sahaja.
- Hanya permohonan yang dibuat secara online sahaja yang akan diterima.
- Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk membuat permohonan dan aktifkan akaun anda melalui emel yang akan dihantar kepada pemohon.
- Semak akaun emel anda selepas mendaftar untuk pengaktifan akaun.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Anda yang berminat untuk menyertai KEMAS sebagai Guru Tabika, boleh membuat permohonan sehingga:
- 14 Januari 2021
PROSES TAPISAN KELAYAKAN GURU TABIKA KEMAS
- Pemohon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga KEMAS.
- Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklum balas selepas 3 bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya. Tiada surat pemberitahuan dikeluarkan oleh Jabatan.
MAKLUMAT ASAS KURSUS GURU TABIKA KEMAS
Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di:
- Institut / Pusat Latihan KEMAS
Tempoh kursus adalah :
- 3 bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
IKLAN PERMOHONAN GURU TABIKA KEMAS
Berikut adalah iklan permohonan Guru Tabika KEMAS untuk rujukan anda:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.