Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Juruaudio Visual N19 Menggunakan SPM/SVM/SPMV Dan Sijil

0 1,274

Buat semua pencari kerja, anda kini berpeluang untuk berkhidmat dengan sektor kerajaan dalam jawatan Juruaudio Visual Gred N19. Juruaudio Visual N19 berperanan mengendalikan alatan audio dan visual. Jawatan ini terletak di bawah kendalian pelbagai kementerian serta jabatan.

Anda boleh mengisi permohonan bagi jawatan ini secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan. Permohonan boleh dilakukan sepanjang tahun dan ambilan juga turut dijalankan sepanjang tahun. Tiada ambilan lagi bagi tahun ini. Ambilan akan dibuka apabila terdapat kekosongan kelak dalam jawatan ini.

Untuk mendapatkan panduan tentang cara mengisi permohonan jawatan ini secara online, pastikan anda membaca artikel ini. Dalam artikel ini juga, anda akan mendapat pengetahuan tentang Syarat-syarat Kelayakan Memohon Jawatan Juruaudio Visual N19 dan juga Bidang Tugas Juruaudio Visual Gred N19. Permohonan jawatan ini memerlukan sijil SPM/SVM/SPMV atau Sijil sebagai syarat akademik.

SYARAT-SYARAT MEMOHON JAWATAN JURUAUDIO VISUAL N19

Untuk memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
    DAN
  • Memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS JURUAUDIO VISUAL N19

Adalah sebaiknya anda mengetahui bidang tugas juruaudio visual gred N19 jika anda ingin memohon jawatan ini. Berikut merupakan bidang tugas seorang juruaudio visual:

  • Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual.
  • Memberi khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media.
  • Menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.

PEPERIKSAAN DAN TEMU DUGA

Anda akan melalui tapisan kedua sekiranya permohonan anda berjaya. Tapisan kedua yang dimaksudkan ini adalah peperiksaan yang perlu anda tempuhi (sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini akan anda jalankan secara online. Peperiksaan ini merangkumi semua aspek sama ada pengetahuan awam, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, ujian psikometrik dan lain-lain.

Sekiranya anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini, anda akan dipanggil untuk temu duga. Temu duga ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kaliber serta keyakinan diri anda.

CARA MEMOHON JAWATAN JURUAUDIO VISUAL N19

Untuk anda yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Klik link yang disediakan berikut untuk membuat permohonan.

permohonanBagi mendapatkan panduan lengkap pengisian jawatan di SPA8i, rujuk Manual Pendaftaran Pengguna.

 MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN JURUAUDIO N19

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang permohonan jawatan ini secara online, anda boleh layari laman web rasmi SPA. Klik link yang disediakan di bawah.

Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/spm-sijil/4926

portal rasmi spa

Kami doakan semoga anda berjaya bagi anda yang memohon.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...