Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi Tahun 2020/2021 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

0 133

permohonan secara online kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Tinggi (PKM) sesi ambilan 2020/2021 akan di buka bermula pada tarikh 25 Februari sehingga 19 April 2020.

Untuk pengetahuan anda, program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun Kolej Universiti.

Di bawah merupakan info mengenai Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi Tahun 2020/2021 yang anda boleh jadikan panduan awal permohonan anda.

TARIKH PERMOHONAN MATRIKULASI 2020/2021 DI BUKA

Kepada pelajar lepasan SPM 2019, Permohonan Program Matrikulasi akan di buka bermula 25 Februari 2020 sehingga tarikh tutup pada 19 April 2020.

  • Permohonan : 25 Februari 2020
  • Tutup Permohonan : 19 April 2020

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2020/2021 perlu di buat secara online sahaja.

Di bawah merupakan hebahan kenyataan media rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai permohonan Matrikulasi 2020/2021 seperti yang telah ditetapkan.

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi Tahun 2019/2020

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI 2020/2021

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).

Permohonan melalui sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI) hanya boleh dilakukan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KOLEJ MATRIKULASI 2020/2021

Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019 dan menghantar borang permohonan online bermula dari 25 Februari 2020 sehingga tarikh tutup pada 19 April 2020.

Untuk lebih lanjut sila klik link ini : Maklumat Permohonan Online Kolej Matrikulasi

CARA MEMOHON MATRIKULASI SECARA ONLINE

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI).

Pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) dengan membayar RM10 kepada kaunselor / guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.

Nota : Pemohon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-8884 4083/4036/4040 atau melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan ini.

Baca juga: Permohonan UPU Online Sesi 2019/2020 Universiti Awam Politeknik ILKA & Kolej Komuniti

Comments
Loading...