Permohonan Masuk Matrikulasi Lepasan SPM Sesi 2020,PISMP & PPC Dibuka. Semak Cara Mohon Disini
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membuat permohonan masuk ke Kolej Matrikulasi bagi Sesi 2021/2022 secara online.
Bagi anda yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam program matrikulasi, anda boleh membuat permohonan secara online bermula 15 Mac sehingga 15 April 2021.
Jadi, dapatkan cara membuat permohonan masuk ke Kolej Matrikulasi seperti yang dikongsikan disini.
TARIKH PERMOHONAN MASUK KE MATRIKULASI
Isi Kandungan
Tarikh untuk membuat permohonan masuk ke matrikulasi adalah bermula pada:
- 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021
PERMOHONAN MENGIKUT PROGRAM
Antara permohonan yang dibuka adalah mengikut program seperti berikut:
- Program Matrikulasi Ambilan 2021
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2021
- Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara
CARA MOHON
Untuk membuat permohonan, pelajar lepasan SPM 2020 boleh mohon terus kepada KPM tanpa melalui UPUOnline dan permohonan adalah secara percuma.
SYARAT UMUM MOHON MATRIKULASI
Antara syarat umum untuk mohon Matrikulasi adalah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
- Calon SPM tahun semasa
SYARAT UMUM MOHON PISMP
Syarat umum untuk mohon PISMP adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. - Mendapat gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
SYARAT UMUM MOHON PPC
Antara syarat umum untuk mohon PPC adalah:
- Warganegara Malaysia
- Memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang dalam SPM.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan dibuat.
- Calon mesti sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
KENYATAAN MEDIA
Baca juga: Cara Permohonan UPUOnline Sesi 2021 / 2022 Langkah Demi Langkah
MAKLUMAT LANJUT
Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Matrikulasi dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru KPM melalui:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.