Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pelukis Pelan Seni Bina JA19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 3,312

Adakah anda merupakan seorang yang berbakat dalam lukisan seni bina? Adakah anda mendapat Gred Kepujian dalam subjek Lukisan Geometri serta subjek Lukisan Kejuruteraan bagi peperiksaan SPM? Adakah anda berminat untuk menjadi seorang Pelukis Pelan Seni Bina Gred JA19?

Jika jawapan anda adalah ya bagi setiap soalan di atas, peluang keemasan menanti anda. Tahukah anda bahawa anda kini boleh memohon jawatan Pelukis Pelan Seni Bina Gred JA19 secara online. Permohonan ini boleh dibuat melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Permohonan ini juga dibuka sepanjang tahun, bermakna tiada tarikh tutup. Anda bebas untuk mengemukakan permohonan pada bila-bila masa. Ambilan bagi jawatan ini juga dijalankan sepanjang tahun tertakluk kepada kekosongan jawatan Pelukis Pelan Seni Bina JA19 di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan.

Namun, sebelum mengemukakan permohonan, anda perlu tahu bagaimana cara-cara untuk memohon, syarat-syarat kelayakan permohonan dan juga bidang tugas bagi jawatan ini.

Baca artikel ini untuk mendapat maklumat lengkap tentang syarat-syarat kelayakan memohon, bidang tugas Pelukis Pelan Seni Bina JA19 dan juga cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pelukis Pelan Seni Bina JA19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PELUKIS PELAN SENI BINA JA19

Bagi anda yang berminat memohon jawatan Pelukis Pelan Seni Bina JA19, pastikan anda mengetahui syarat-syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pastikan juga anda memenuhi setiap daripada syarat yang ditetapkan ini. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS PELUKIS PELAN SENI BINA JA19

Anda perlu mengetahui skop dan bidang tugas Pelukis Pelan Seni Bina JA19 sekiranya anda ingin memohon jawatan ini. Antara bidang tugas seorang Pelukis Pelan Seni Bina Gred JA19 adalah seperti berikut:

  • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi
  • Menyemak lukisan perunding
  • Merekod dan menyelenggara lukisan
  • Menyediakan study model, menyediakan reka bentuk
  • Menyedia lakaran reka bentuk
  • Menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding, memantau maklum balas penilaian teknikal
  • Melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Jika permohonan anda berjaya, anda perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam pula (jika terdapat peperiksaan bagi jawatan ini). Peperiksaan ini akan menguji aspek pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan Pelukis Pelan Seni Bina JA19, ujian psikometrik dan ujian daya penyelesaian masalah. Anda perlulah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini. Peperiksaan ini juga perlu anda jawab secara online.

Jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam, anda perlu melalui tapisan terakhir iaitu temuduga. Anda akan dipanggil temuduga oleh pihak SPA.

Pastikan anda membuat persediaan rapi bagi menghadapi temuduga ini kerana temuduga ini bertujuan untuk menguji sejauh mana pengetahuan anda tentang jawatan Pelukis Pelan Seni Bina JA19 dan juga keupayaan anda dalam kemahiran berkomunikasi.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PELUKIS PELAN SENI BINA JA19

Anda semestinya tertanya-tanya bagaimana cara untuk memohon jawatan ini. Jangan risau! Mudah sahaja untuk anda mengemukakan permohonan. Permohonan adalah secara online dan perlu dibuat di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Link untuk anda memohon telah disediakan di bawah.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PELUKIS PELAN SENI BINA JA19

Ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Pelukis Pelan Seni Bina JA19? Layari laman web rasmi SPA untuk mengetahui lebih lanjut. Link untuk ke laman web SPA disediakan di bawah.

Ambilan rasmi bagi tahun ini belum dibuka. Ambilan akan dibuka pada bila-bila masa bergantung kepada kekosongan jawatan ini di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan. Bagi anda yang memohon, selamat berjaya kami ucapkan.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...