Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Arkib S19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,346

Jika anda merupakan lepasan SPM dan sedang mencari kerja dalam sektor kerajaan, kami ada berita gembira buat anda. Tahukah anda bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyediakan pelbagai jawatan kosong dalam sektor kerajaan yang boleh anda mohon?

Permohonan melalui SPA ini adalah secara online. Dalam laman web rasmi SPA telah disediakan bahagian permohonan ataupun dinamakan sebagai SPA8i untuk anda isi permohonan anda. Setiap jawatan yang ditawarkan boleh anda mohon sepanjang tahun bermaksud tiada tarikh tutup untuk anda mohon.

Anda bebas memohon pada bila-bila masa tetapi dinasihatkan untuk anda mohon segera kerana ambilan pekerja bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan juga dibuka sepanjang tahun. Ambilan akan dijalankan pada bila-bila masa tertakluk pada kekosongan jawatan yang anda pilih di mana-mana kementerian atau jabatan kerajaan.

Salah satu jawatan yang ditawarkan adalah jawatan Pembantu Arkib Gred S19. Pembantu Arkib S19 merupakan salah satu kerjaya di bawah Jabatan Arkib Negara dan memainkan peranan penting dalam mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima. Jadi, jika anda berminat, jangan tunggu lagi! Mohonlah segera.

Untuk memohon anda haruslah mengetahui serba sedikit berkaitan jawatan Pembantu Arkib S19 ini seperti bidang tugas, syarat-syarat memohon dan lain-lain. Pastikan anda membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat tentang syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini, bidang tugas Pembantu Arkib S19 dan juga cara-cara memohon jawatan Pembantu Arkib S19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU ARKIB S19

Anda perlu mengetahui semua syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pembantu Arkib S19 yang telah ditetapkan. Pastikan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan memohon.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU ARKIB S19

Anda juga perlu mengetahui bidang tugas Pembantu Arkib S19 jika anda ingin memohon jawatan ini. Antara bidang tugas Pembantu Arkib S19 adalah seperti berikut:

  • Bertanggungjawab menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima
  • Mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi anda yang permohonannya berjaya, anda akan menduduki peperiksaan yang dinamakan peperiksaan perkhidmatan awam (jika jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan). Dalam peperiksaan ini, anda akan diuji tentang pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah. Peperiksaan ini juga akan dijalankan secara online.

Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan untuk membolehkan anda dipanggil temuduga. Dalam temuduga, anda akan diuji daripada aspek kemahiran berkomunikasi dan juga soalan berkaitan jawatan yang dipilih. Pastikan anda bersedia dengan pengetahuan yang tinggi mengenai jawatan yang anda pilih dan melatih diri untuk berkomunikasi dengan baik.

CARA-CARA MEMOHON JAWATAN PEMBANTU ARKIB S19

Untuk memohon, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda di situ. Sila klik link yang telah kami sediakan di bawah untuk mengisi permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU ARKIB S19

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan Pembantu Arkib S19, anda boleh layari laman web rasmi SPA. Klik link yang disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

Ambilan bagi tahun ini belum dibuka. Jika dibuka kami akan maklumkan melalui artikel di laman ini. Bagi anda yang ingin memohon, pastikan anda mengemukakan permohonan dengan segera. Kami doakan kejayaan permohonan anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...