Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Juruaudit W19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,216

Perhatian kepada anda yang sedang mencari kerja dan memperoleh Gred Kepujian dalam subjek Matematik ketika peperiksaan SPM atau anda memiliki Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan, peluang keemasan menanti anda.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Audit Negara membuka satu peluang pekerjaan untuk anda iaitu dalam jawatan Pembantu Juruaudit Gred W19. Permohonan jawatan ini hanya memerlukan sijil SPM atau sijil lain yang setaraf sebagai syarat kelayakan akademik.

Untuk pengetahuan anda juga, permohonan bagi jawatan ini perlu dibuat di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Anda boleh memohon bila-bila masa kerana permohonan dibuka sepanjang tahun.

Tiada tarikh tutup untuk anda memohon. Ambilan bagi jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun. Tiada tarikh tetap pengambilan. Ambilan akan dijalankan jika ada kekosongan jawatan ini dalam Jabatan Audit Negara.

Jika anda berminat untuk memohon jawatan Pembantu Juruaudit W19, pastikan anda membaca artikel ini untuk mendapatkan panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Juruaudit W19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Juruaudit W19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU JURUAUDIT W19

Anda harus mengetahui syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pembantu Juruaudit terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan. Pastikan juga anda telah memenuhi kesemua syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan ini.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: 1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:1,465.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU JURUAUDIT W19

Bagi anda yang berminat untuk memohon jawatan ini, anda semestinya perlu mengetahui apakah tugas yang dilakukan oleh Pembantu Juruaudit W19. Jadi, berikut merupakan senarai bidang tugas seorang Pembantu Juruaudit W19.

  • Menjalankan penguatkuasaan hukuman undang-undang, pengurusan ehwal kewangan serta memberi khidmat nasihat kaunseling dari segi sistem perakaunan, pengurusan pentadbiran koperasi dan perundangan serta tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi calon yang permohonannya berjaya, anda perlu menduduki peperiksaan (sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini akan dijalankan secara online. Anda akan diuji dalam beberapa aspek seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang kerjaya yang dipohon, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah.

Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini untuk memastikan anda dipanggil temuduga. Jika anda lulus, anda akan ditemuduga oleh pegawai SPA. Temuduga ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kesediaan anda dalam menggalas tanggungjawab sebagai pekerja sektor kerajaan.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU JURUAUDIT W19

Untuk memohon jawatan ini mudah sahaja. Anda hanya perlu layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Kemudian, anda perlu isi permohonan di situ. Sila klik link berikut untuk isi permohonan anda di SPA8i.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU JURUAUDIT W19

Layari laman web rasmi SPA untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan ini. Klik link yang disediakan di bawah.

Untuk makluman anda, ambilan bagi tahun ini belum dibuka. Ambilan akan dibuka apabila terdapat kekosongan dalam jawatan ini. Selamat berjaya buat anda yang memohon!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...