Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 853

Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah membuka satu peluang pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jawatan yang ditawarkan tersebut adalah Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19.

Sebenarnya, bukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sahaja yang membuka tawaran kerjaya di SPA, banyak lagi kementerian serta jabatan kerajaan yang lain menawarkan peluang kerjaya di sini.

Jadi, ini adalah peluang keemasan buat anda semua yang sedang mencari kerja dalam sektor kerajaan. Anda bolehlah layari laman web SPA untuk memeriksa senarai jawatan yang ditawarkan. Anda juga boleh memilih kerjaya mana yang sesuai serta menarik minat anda.

Bagi anda yang berminat dengan jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19, anda bolehlah mengemukakan permohonan bagi jawatan ini. Untuk pengetahuan anda, permohonan bagi jawatan ini hanya boleh dibuat secara online. Permohonan juga dibuka sepanjang tahun dan tempoh sah laku permohonan anda adalah selama satu tahun.

Ambilan bagi jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 juga turut dibuka sepanjang tahun. Ambilan akan dijalankan pada bila-bila masa bergantung kepada kekosongan jawatan ini di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Ambilan untuk tahun ini masih belum dibuka. Sebaik ambilan dibuka secara rasmi kelak, kami pasti akan membuat hebahan di laman ini.

Anda ingin mengetahui dengan lebih terperinci tentang permohonan jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19? Baca artikel ini kerana di dalam artikel ini anda akan mendapat panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Pembantu Penguasa Kastam WK19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PENGUASA KASTAM WK19

Sila pastikan anda teliti syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan. Semua syarat-syarat kelayakan ini haruslah anda penuhi untuk membolehkan anda memohon jawatan ini. Antara syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,465.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGUASA KASTAM WK19

Selain daripada syarat-syarat kelayakan, anda juga perlu tahu tentang tugas-tugas yang diamanahkan kepada Pembantu Penguasa Kastam WK19 untuk negara. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Penguasa Kastam WK19.

  • Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara.
  • Membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais.
  • Menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti.
  • Menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan setelah permohonan anda berjaya. Peperiksaan ini dijalankan secara online dan merangkumi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah tentang pengetahuan am. Di Bahagian B pula, anda akan diuji tentang daya penyelesaian masalah sementara di Bahagian C pula adalah bahagian ujian psikometrik.

Anda perlulah menjawab soalan-soalan peperiksaan ini dengan baik untuk lulus dengan cemerlang. Calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil untuk temuduga. Tunjukkan keyakinan anda dalam temuduga. Serlahkan keinginan anda untuk menjawat jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 semasa temuduga tersebut.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENGUASA KASTAM WK19

Ingin memohon? Sila layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan anda. Sila klik link SPA8i yang telah disediakan di bawah.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENGUASA KASTAM WK19

Jika anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut tentang permohonan jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19, sila layari laman web rasmi SPA. Klik link di bawah.

Jika anda berminat untuk memohon, jangan tunggu lagi. Pastikan anda mengemukakan permohonan anda dengan segera. Kami mendoakan semoga permohonan anda berjaya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...