Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Kemahiran H19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 859

Tahukah anda bahawa dengan cara melayari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), anda boleh mengetahui senarai jawatan kosong dalam sektor kerajaan yang boleh anda mohon secara online.

Jadi, jika anda sedang mencari kerja dalam sektor kerajaan, jangan lepaskan peluang ini. Segeralah kunjungi laman web SPA dan pilihlah jawatan yang anda suka. Salah satu jawatan dalam sektor kerajaan yang ditawarkan di laman web rasmi SPA adalah jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19. Anda perlu ada sijil SPM untuk memohon jawatan ini sebagai syarat kelayakan akademik.

Permohonan bagi jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun. Anda boleh isi permohonan bila-bila masa sahaja tanpa ada tarikh tutup. Ambilan bagi jawatan ini juga turut dibuka sepanjang tahun. Ambilan hanya akan dijalankan jika ada kekosongan jawatan ini dalam Jabatan Perkhidmatan Kemahiran.

Baca artikel ini untuk mengetahui cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Kemahiran H19, syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Kemahiran H19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU KEMAHIRAN H19

Sila teliti semua syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pembantu Kemahiran H19 terlebih dahulu sebelum anda kemukakan permohonan. Anda juga perlu memenuhi setiap daripada syarat-syarat kelayakan ini sebelum anda memohon. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam, Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Penghantar Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan:
    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

BIDANG TUGAS PEMBANTU KEMAHIRAN H19

Anda juga perlu mengetahui bidang tugas Pembantu Kemahiran H19 jika anda ingin memohon jawatan ini. Antara bidang tugas Pembantu Kemahiran H19 adalah seperti berikut:

  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Setiap permohonan yang berjaya perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (jika jawatan yang anda pohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini perlu diambil secara online. Peperiksaan ini akan menguji anda berkenaan aspek pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan ini, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah. Anda perlu membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini untuk memastikan anda lulus dengan cemerlang.

Seterusnya, jika anda lulus dengan cemerlang, anda akan dipanggil untuk menduduki temuduga. Temuduga ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana persediaan anda dalam menjawat jawatan dalam sektor kerajaan serta ingin menguji kemahiran berkomunikasi anda. Jadi, pastikan anda buat yang terbaik.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU KEMAHIRAN H19

Anda perlu layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) untuk tujuan memohon. Berikut merupakan link untuk anda mohon. Sila klik link yang disediakan di bawah.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU KEMAHIRAN H19

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan ini, layari laman web rasmi SPA. Link sudah disediakan di bawah.

Anda dinasihatkan untuk segera memohon kerana jika ada ambilan, anda akan brpeluang untuk dipanggil. Ambilan bagi tahun ini belum dibuka secara rasmi. Jika dibuka nanti kami akan membuat hebahan melalui artikel di laman ini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...