Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Laut A19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,650

Adakah anda berminat untuk bekerja di tengah lautan biru? Jika ya, sukacitanya dimaklumkan bahawa terdapat banyak pekerjaan di tengah lautan yang boleh anda mohon. Jabatan Laut Malaysia telah membuka banyak peluang pekerjaan.

Salah satu daripada jawatan yang dibuka untuk permohonan adalah jawatan Pembantu Laut Gred A19. Anda yang berminat dengan jawatan ini bolehlah mengemukakan permohonan. Permohonan jawatan ini dibuka sepanjang tahun dan tempoh sah permohonan anda adalah selama satu tahun.

Bagaimana untuk memohon? Jangan risau! Baca artikel ini untuk mengetahui cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Laut A19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Laut A19.

Untuk pengetahuan anda juga, ambilan bagi permohonan ini masih belum dibuka bagi tahun ini. Ambilan ini dibuka nanti setelah terdapat kekosongan dalam jawatan ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU LAUT A19

Pastikan anda teliti setiap daripada syarat-syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan dan sila pastikan juga anda telah memenuhi kesemua syarat-syarat ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau
  • Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau
  • Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau
  • Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,478.24); atau
  • Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,536.36).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU LAUT A19

Anda wajib tahu tugas-tugas yang digalas oleh Pembantu Laut A19 sebelum anda mengemukakan permohonan dalam jawatan ini. Bidang tugas Pembantu Laut A19 meliputi pelbagai aspek seperti kewangan, industri, keselamatan dan sebagainya. Antara bidang tugas Pembantu Laut A19 adalah seperti berikut.

1.) Aspek Kewangan dan Personel

  • Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
  • Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
  • Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
  • Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor; dan
  • Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

2.) Aspek Industri (Perkapalan)

  • Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
  • Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
  • Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
  • Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

3.) Aspek Keselamatan Pelayaran

  • Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
  • Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
  • Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
  • Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.

4.) Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

  • Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
  • Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
  • Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
  • Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

5.) Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)

  • Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
  • Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
  • Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan; dan
  • Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Anda perlu menduduki peperiksaan sekiranya permohonan anda berjaya (sekiranya jawatan ini terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini dijalankan secara online. Terdapat beberapa aspek yang akan dinilai dalam peperiksaan online ini seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan Pembantu Laut A19, daya penyelesaian masalah dan juga ujian psikometrik.

Pastikan anda membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan ini. Seterusnya, jika anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online ini, anda akan dipanggil untuk temu duga pula. Temuduga oleh pegawai SPA ini adalah untuk mengenalpasti sejauh anda bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai penjawat awam.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU LAUT A19

Cara untuk memohon jawatan Pembantu Laut adalah seperti berikut. Pertama, anda perlu layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Link telah disediakan di bawah. Kemudian anda hanya perlu isi permohonan anda di sini.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU LAUT A19

Sila layari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan Pembantu Laut A19. Klik link yang disediakan di bawah

Bagi anda yang berminat dengan jawatan ini, jangan tunggu lagi. Segeralah kemukakan permohonan anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...