Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Muzium S19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,147

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu jawatan dalam sektor kerajaan yang boleh anda mohon di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jawatan yang dimaksudkan ialah Pembantu Muzium Gred S19. Untuk memohon jawatan ini, anda perlu memiliki sijil SPM sebagai syarat kelayakan akademik.

Permohonan jawatan ini perlu dibuat secara online dan dibuka sepanjang tahun. Anda bebas untuk mengemukakan permohonan pada bila-bila masa. Tempoh sah permohonan anda adalah selama satu tahun.

Ambilan bagi jawatan ini juga akan dijalankan sepanjang tahun bermakna tidak ada tarikh tetap ambilan. Ambilan akan dijalankan sekiranya terdapat kekosongan jawatan ini di jabatan kerajaan. Untuk pengetahuan anda juga, belum ada ambilan secara rasmi untuk jawatan ini bagi tahun ini. Ambilan ini akan dijalankan sekiranya terdapat kekosongan dalam jawatan ini.

Berminat untuk memohon jawatan ini tetapi tidak tahu bagaimana? Jangan bimbang! Baca artikel ini untuk mendapat panduan lengkap tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Muzium S19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Muzium S19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU MUZIUM S19

Sila teliti setiap daripada syarat-syarat kelayakan memohon jawatan Pembantu Muzium S19 jika anda ingin mengemukakan permohonan. Pastikan juga anda memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan ini. Berikut adalah syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU MUZIUM S19

Jika anda ingin memohon jawatan ini, anda perlulah tahu apakah tugas-tugas yang dijalankan oleh Pembantu Muzium S19. Anda tidak tahu apakah biang tugas Pembantu Muzium S19? Jangan bimbang! Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Muzium S19.

  • Membantu Penolong Kurator menjalankan penyelidikan dan mengumpulkan koleksi-koleksi Muzium.
  • Membantu menyelenggarakan bahagian pemulihan, membaik pulih, mengawet dan membersih koleksi Muzium untuk dipamerkan.
  • Melukis plan bangunan, ubahsuai bangunan, pejabat atau makmal, plan susun atur balai pameran, plan peti pameran, pemetaan untuk aktiviti cari gali dan sebagainya.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Tapisan kedua bagi pemilihan calon untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Muzium S19 adalah peperiksaan perkhidmatan awam. Namun, tidak semua jawatan yang ditawarkan SPA terdapat peperiksaan. Hanya sesetengah jawatan sahaja. Calon yang berjaya dalam permohonan perlu menduduki peperiksaan ini. Peperiksaan ini perlu diambil secara online.

Aspek-aspek yang bakal diuji dalam peperiksaan ini adalah seperti pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan Pembantu Muzium S19, ujian psikometrik dan juga daya penyelesaian masalah.

Seterusnya, calon yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil temuduga. Temuduga akan dijalankan oleh pegawai SPA. Kebolehan berkomunikasi serta kesediaan anda dalam menjawat jawatan sebagai panjawat awam akan dinilai dalam temuduga ini.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU MUZIUM S19

Anda semestinya ingin tahu cara untuk memohon jawatan ini. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan anda perlu isi permohonan anda di situ. Klik link di bawah untuk mengisi permohonan.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU MUZIUM S19

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi SPA. Link untuk ke laman web SPA telah disediakan di bawah. Sila klik link tersebut.

Anda yang berminat untuk memohon dinasihatkan untuk memohon dengan kadar segera. Kami doakan kejayaan permohonan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...